Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

DPM Wong: Penting perbaharui, sahkan perkongsian strategik dalam dunia bergolak

Apr 13, 2024 | 07:31 PM



PARIS: Dalam era baru politik kuasa besar, adalah penting untuk perbaharui dan mengesahkan perkongsian akrab, walaupun Singapura bergerak ke hadapan dalam dunia bergolak, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.


Inilah sebabnya mengapa Singapura akan mengemas kini perkongsian strategiknya dengan Perancis, berusaha ke arah hubungan yang lebih kukuh dengan Perkongsian Strategik Komprehensif, menjelang 2025 – sempena ulang tahun ke-60 hubungan antara kedua-dua negara.

Singapura dan Jerman juga, akan berusaha meningkatkan hubungan ke arah perkongsian strategik, sebagai mengiktiraf “kedalaman dan keluasan yang semakin meningkat” bagi hubungan dua hala.

Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, berada di Jerman dari 8 hingga 10 April, dan di Perancis dari 10 hingga 13 April, di mana beliau mengadakan pertemuan dengan pemimpin kanan pemerintah dan industri di kedua-dua negara itu.

Ketika ditanya sama ada kunjungan beliau ini telah membantunya membina hubungan dengan rakan sejawatan di luar negara, apabila siap mengambil alih jawatan perdana menteri, Encik Wong berkata:

“Itulah tujuan kunjungan ini – ia adalah untuk saya benar-benar dapat melibatkan diri dan mendekati negara-negara ini dan, yang penting, untuk melibatkan pemimpin yang bakal saya jalin kerjasama bukan sahaja sekarang dalam kapasiti saya hari ini, tetapi juga pada masa depan apabila saya mengambil alih jawatan (sebagai perdana menteri),” ujar beliau.

Encik Wong bercakap kepada media Singapura, dalam temu bual di pejabat kedutaan Singapura di Paris, pada akhir lawatan pertamanya ke Eropah sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Beliau juga telah melawat China pada Mei 2023, dan Amerika Syarikat pada Oktober 2023.

Encik Wong akan mengambil alih pucuk pimpinan daripada Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menjelang Pilihan Raya Umum akan datang, yang dijangka diadakan menjelang November 2025.

Beliau turut menegaskan bahawa “ia bukan sekadar meningkatkan hubungan strategik atau “menyeluruh,” tetapi lebih kepada mengesahkan dan meluaskan lagi bidang kerjasama yang akan dilaksanakan.

Ini termasuk mengenal pasti bidang kerjasama baru seperti kecerdasan buatan (AI), inovasi digital, projek hijau dan kemampanan malahan kerjasama pertahanan dan keselamatan yang mana Singapura sudah mempunyai hubungan rapat dengan kedua-dua negara itu.

Eropah elanjakan lebih banyak untuk pertahanan, terutamanya dengan pencerobohan Russia ke atas Ukraine, kata Encik Wong.

Mereka melakukan lebih banyak untuk menyokong Ukraine, tetapi kedua-dua Perancis dan Jerman juga berminat bekerjasama dengan rakan kongsi lain seperti Singapura, dalam bidang pertahanan, termasuk teknologi pertahanan dan keselamatan siber.

Pengemaskinian atau peningkatan perkongsian juga mencerminkan realiti semasa, kata Encik Wong.

Singapura, ujar beliau, mempunyai perkongsian strategik dengan Perancis selama lebih 10 tahun, dan kedua-dua negara telah bekerjasama dalam bidang seperti pertahanan, keselamatan dan ekonomi.

Perkongsian itu kini meliputi pelbagai bidang berbeza yang benar-benar bersifat “menyeluruh”, tambah Encik Wong.

Walaupun Singapura belum mempunyai sebarang perkongsian strategik dengan Jerman, hubungan itu telah berkembang secara agak banyak selama bertahun-tahun dalam bidang ekonomi dan pertahanan. Oleh itu, adalah wajar untuk memanggilnya sebagai “perkongsian strategik”, tambah Encik Wong nya.

Satu lagi motivasi di sebalik peningkatan hubungan adalah untuk menandakan fasa baru perhubungan dengan melakukan lebih banyak lagi usahasama dalam fasa seterusnya.

Singapura dan Perancis telah bersetuju menetapkan 2024-2025 sebagai Tahun Kelestarian Bersama Perancis-Singapura (JYOS), sempena ulang tahun ke-60 pelaksanaan hubungan diplomatik kedua-dua negara pada 2025.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >