Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dr M dedah kenapa 'tidak duduk di masjid kejar akhirat'

Dec 25, 2022 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Bersara dan 'duduk di masjid' tiada dalam perancangan masa depan Tun Dr Mahathir Mohamad meskipun tidak lagi menjadi Ahli Dewan Rakyat selepas tewas di kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



Meskipun usianya bakal mencecah 97 tahun pertengahan 2023, bekas Perdana Menteri tetap mahu meneruskan perjuangannya yang disifatkan masih belum selesai, terutama bagi menyelesaikan masalah yang membelenggu bangsa Melayu.



Dr Mahathir melihat masalah membabitkan orang Melayu terlalu dekat di hatinya dan percaya usaha menyelesaikannya adalah jauh lebih penting berbanding kepentingan dirinya, termasuk atas alasan 'duduk di masjid untuk mengejar akhirat'.



"Saya nak bersara daripada politik. Sebenarnya pada 2002, saya syorkan saya letak jawatan (Perdana Menteri), saya nak bersaralah. Tapi apabila saya bersara, terdapat banyak perkara berlaku yang tidak disenangi oleh orang ramai. Mereka bertanya kepada saya, sama ada saya boleh tolong atau tidak.



"Dengan pengalaman 22 tahun sebagai Perdana Menteri, saya faham tentang masalah dan cara-cara mengatasi masalah.



"Kalau orang tanya, boleh ke tak tolong, tapi saya kata 'sorrylah, saya nak rehat, saya nak balik ke madrasah, nak sembahyang untuk akhirat', nampak saya utamakan diri saya lebih daripada bangsa saya," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Berita Harian Malaysia (BHM) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, baru-baru ini.



Beliau ditanya sama ada dirinya masih relevan dalam politik negara selepas kalah teruk dan hilang deposit dalam PRU15 atau tiba masa untuk bersara sepenuhnya daripada politik dan 'duduk di masjid'.



Dalam PRU15, Dr Mahathir yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi yang dimenanginya pada PRU14.



Bekas Perdana Menteri itu hanya memperoleh 4,566 undi, sekali gus kalah kepada calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Suhaimi Abdullah, yang menang dengan majoriti 13,518 undi.



Memburukkan lagi keadaan, Pejuang menerusi gagasan Gerakan Tanah Air (GTA) gagal memenangi kesemua 125 kawasan yang ditandingi, malah ramai calonnya hilang wang cengkeram.



Kesudahannya, Dr Mahathir pada 16 Disember lalu mengumumkan keputusan berundur daripada jawatan pengerusi parti Pejuang.



Anaknya, yang juga Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata biarpun sudah berundur, Dr Mahathir akan terus memberi pandangan membina dan kritis terhadap masa depan Malaysia sebagai seorang negarawan unggul.



"Seluruh Anggota Majlis Eksekutif Pusat (MEP) dan ahli parti serata negara menyanjung tinggi jasa, pemikiran, tunjuk ajar dan kepemimpinan beliau sepanjang memegang jawatan Pengerusi.



"Penghargaan yang tidak terhingga kami ucapkan kepada Ayahanda Tun. Hanya Allah swt yang boleh membalas jasa beliau kepada kami," katanya masa itu.



Dr Mahathir menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-4 antara Julai 1981 hingga Oktober 2003.



Selepas memenangi pilihan raya umum ke-14, beliau sekali lagi dipilih menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7 antara Mei 2018 hingga Mac 2020.



Mengulas lanjut, Dr Mahathir memberi bayangan akan terus aktif dalam politik, terutama selagi khidmatnya masih diperlukan untuk membantu orang Melayu.



"Saya selalunya memandang masalah bangsa saya itu adalah perkara utama dalam kehidupan saya. Jadi saya tak boleh utamakan diri saya sedangkan bangsa saya mungkin menghadapi masalah.



"Kalau saya ada cara untuk mengatasi, tak baiklah kalau saya lebih utamakan kepentingan diri saya," katanya. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >