Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dr M terajui Gerakan Tanah Air berteras agenda Melayu, Islam

Aug 05, 2022 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam, dinamakan sebagai 'Gerakan Tanah Air (GTA) telah ditubuhkan dan dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad, bersama-sama pelbagai kepimpinan orang Melayu lain dari pelbagai latar belakang.



"Gerakan Tanah Air bukan hanya gabungan parti-parti politik, namun pelbagai kepimpinan Melayu dari kumpulan masyarakat sivil (NGO), Intelektual, Tokoh Masyarakat, Pendidik, Agamawan, Wanita, Profesional, Ahli Perniagaan dan Generasi Baru yang bersatu hati dan komited untuk merubah sikap dan masa depan Orang Melayu dan membangunkan negara ke arah Negara yang unggul," kata Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu semasa sidang akhbar semalam.



GTA mendapat sokongan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).



Menurut Dr Mahathir lagi, GTA akan bertanding di 120 kerusi Parlimen di Semenanjung yang mempunyai majoriti pengundi Melayu dan ditandingi oleh Umno.



Katanya, orang Melayu perlu memilih sama ada untuk kekal terpinggir dan terkebelakang dipimpin oleh pemimpin Melayu yang rasuah, tiada integriti, bermasalah moral atau memilih pemimpin Melayu baru yang benar-benar bersih, cekap, amanah.



Ini kerana katanya, "orang Melayu hari ini terperangkap dengan hanya satu pilihan iaitu untuk memilih kumpulan pemimpin politik Melayu yang sudah rosak dengan rasuah, salah guna kuasa dan ketidak-cekapan mengurus negara dan kebajikan orang Melayu".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >