Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dron tentera AS terhempas di Laut Hitam selepas dipintas Russia

Russia dakwa dron gerak mendadak dan jet tidak berlanggar
Mar 16, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON: Satu dron pengawasan MQ-9 tentera Amerika Syarikat terhempas ke Laut Hitam pada Selasa selepas dipintas jet pejuang Russia dalam satu kejadian pertama sedemikian sejak pencerobohan Russia ke atas Ukraine lebih setahun lalu.



Pentagon menyatakan salah satu daripada jet Su-27 Russia telah melanggar dron itu, menjadikannya tidak boleh beroperasi, manakala Kementerian Pertahanan Russia menyalahkan "pergerakan mendadak" dron tanpa pemandu itu atas nahas tersebut dan mendakwa jet mereka tidak berlanggar.



Walaupun tiada nyawa terkorban, ia menggambarkan risiko konfrontasi langsung antara Amerika dengan Russia di kawasan berdekatan Ukraine, yang disokong sekutu Baratnya dengan maklumat perisikan dan senjata sejak Moscow menyerang Ukraine lebih setahun lalu.



Presiden Amerika, Encik Joe Biden, telah diberi taklimat mengenai kejadian itu oleh Penasihat Keselamatan Kebangsaan, Encik Jake Sullivan, menurut jurucakap keselamatan nasional Rumah Putih, Encik John Kirby.



Beliau memaklumkan bahawa pegawai Jabatan Negara Amerika juga akan berhubung secara langsung dengan rakan sejawat mereka di Russia untuk "menyatakan kebimbangan Washington terhadap pemintasan secara tidak selamat serta tidak profesional itu".



Jurucakap Jabatan Negara Amerika, Encik Ned Price, pula menyifatkan tindakan Russia itu sebagai "pelanggaran undang-undang antarabangsa tanpa rasa malu".



Encik Price berkata Amerika sudah memanggil Duta Russia di negara itu untuk menyatakan bantahan, malah Duta Amerika ke Russia, Cik Lynne Tracy, turut membuat bantahan sama di Moscow.



Dalam satu kenyataan, Komander Amerika di Eropah mendakwa dua jet pejuang Su-27 memintas dron terbabit ketika ia beroperasi dalam ruang udara antarabangsa, dan satu daripada dua pesawat perang Russia itu melanggar kipas MQ-9.



"Sebelum itu, jet pejuang Su-27 berkenaan mencurahkan bahan api ke atas dron MQ-9 serta terbang di hadapannya beberapa kali secara melulu dan tidak profesional.



"Insiden ini menunjukkan kurangnya kecekapan, selain tidak selamat dan tidak profesional," dakwanya dalam satu kenyataan dari Stuttgart, Jerman.



Jeneral James B Hecker, komander Tentera Udara Amerika bagi rantau Eropah dan Afrika, mendakwa dron itu sedang menjalankan operasi rutin dalam ruang udara antarabangsa ketika ia dipintas serta dilanggar pesawat Russia, menyebabkan MQ-9 terhempas dan musnah sepenuhnya.



Jurucakap Pentagon bagi Tentera Udara, Brigedier Jeneral Pat Ryder, berkata kejadian itu berlaku pada 7.03 pagi waktu Eropah Tengah, di perairan antarabangsa selepas jet Russia berkenaan terbang di sekitar dron berkenaan selama 30 hingga 40 minit.



Dron MQ-9 merupakan pesawat tanpa pemandu dengan sayap 20 meter, dan mampu membawa senjata, namun Jeneral Ryder tidak menyatakan sama ada dron itu dilengkapi senjata. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >