Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dua calon Pilihan Raya Presiden Indonesia kunjungi M’sia temui Anwar

Dec 25, 2023 | 05:30 AM



JAKARTA: Pilihan Raya Presiden Indonesia yang dijadualkan pada 14 Februari 2024 mencerminkan pentingnya hubungan antara Indonesia dengan Malaysia, khususnya dalam konteks politik dan sosial.


Dengan 477,285 warga Indonesia yang bekerja di Malaysia terdaftar sebagai pengundi, pengaruh mereka dalam pilihan raya itu tidak boleh dipandang ringan.

Kunjungan beberapa calon presiden Indonesia ke Malaysia, termasuk pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menunjukkan pentingnya hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Ia juga menonjolkan Datuk Anwar sebagai tokoh penting dalam politik Indonesia, dianggap sebagai “magnet” atau besi semberani yang menarik calon-calon presiden Indonesia, lapor media terkemuka Indonesia, Kompas.


Masing-masing melihat Datuk Anwar sebagai mentor atau rakan lama, menggambarkan pengaruh beliau dalam politik serantau.

Ketua Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), Cik Megawati Sukarnoputri, yang kini mengangkat Encik Ganjar Pranowo sebagai calon Presiden yang mewakili PDI-P dilaporkan bertemu Datuk Anwar pada 3 Oktober.

Terbaru, Kompas melaporkan Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum dan Keamanan, Encik Mahfud MD, turut membuat lawatan kerja dan makan tengah hari bersama Datuk Anwar pada 8 Disember di Kuala Lumpur.


Dalam lawatan itu, Encik Mahfud menyifatkan Datuk Anwar, sebagai “guru politikus Indonesia” dan menghargai peranannya dalam memerangi rasuah dan nepotisme.

Dalam laman media sosialnya, Datuk Anwar turut menyebut tentang pertemuannya dengan Encik Mahfud, serta menunjukkan interaksi positif dan membina di antara kedua-dua pemimpin itu.

Calon Presiden yang juga mantan Gabenor Jakarta, Encik Anies Baswedan, pula mengadakan pertemuan dengan Datuk Anwar pada 12 Oktober dan melihat Datuk Anwar sebagai pembimbing dan model peranan.

“Sebuah kehormatan dan kebahagiaan dapat berdiskusi langsung dengan mentor dan role model kami sejak masih jadi aktivis dulu di kampus.


“Semoga Yang Mulia Datuk Sri Anwar Ibrahim selalu diberi kesihatan, kekuatan, dan petunjuk dalam menjalankan amanah besar bagi bangsa dan Kerajaan Malaysia,” tulis Encik Anies.

Sementara itu, calon presiden yang juga Menteri Pertahanan Indonesia, Encik Prabowo Subianto, turut mengunjungi beliau.

Datuk Anwar menyifatkan Encik Prabowo sebagai sahabat lamanya dan telah mengadakan pertemuan dengannya dua kali pada 2023 iaitu pada akhir November dan Mei.

Dalam kalangan ahli politik Indonesia, Datuk Anwar, dikenali sebagai ahli politik yang berjuang menentang rasuah dan nepotisme. Beliau menjadi simbol kekuatan politik dan kewibawaan.

Kehadiran para calon presiden Indonesia di Malaysia dan pertemuan dengan Datuk Anwar mungkin memberi isyarat tentang potensi kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua negara pada masa akan datang.

Pensyarah Jabatan Hubungan Antarabangsa Universitas Islam Internasional Indonesia, Encik Faisal Karim, memberitahu Kompas bahawa rata-rata calon pemilihan presiden mahu menyelesaikan masalah buruh Indonesia di Malaysia kerana jumlah mereka yang besar.


Datuk Anwar pula ialah magnet yang menarik mereka.


“Anwar memiliki magnet bagi ketiga-tiga pasangan calon presiden dan calon naib presiden,” kata Encik Faisal, merujuk kepada calon presiden dan naib presiden.

“Siapa pun presiden dan naib presiden terpilih, mereka sudah punya investasi politik untuk mempengaruhi pemilih di Malaysia hingga kedekatan personal yang akan mempermudah diplomasi kedua-dua negara,” katanya.

Menurut Encik Faisal, calon-calon presiden Indonesia mahu menyelesaikan masalah buruh Indonesia di Malaysia.

Ini menunjukkan kesedaran mereka tentang kepentingan memelihara hubungan baik dengan Malaysia, yang tidak hanya penting dari segi politik bahkan juga ekonomi dan sosial.

Pilihan Raya Presiden Indonesia bukan hanya tentang siapa yang akan memenangi kerusi presiden, malah, bagaimana calon-calon itu akan mempengaruhi dan membina hubungan dengan negara jiran, khususnya Malaysia.

Ini penting kerana kedua-dua negara mempunyai sejarah, budaya dan hubungan ekonomi yang erat.

Pemilihan presiden Indonesia pada 2024 itu bukan hanya penting bagi rakyat Indonesia, malah, bagi masyarakat Indonesia di Malaysia dan hubungan antara kedua-dua negara.

Pengundi Indonesia di Malaysia memiliki peranan penting dalam menentukan masa depan politik Indonesia, sekali gus membentuk landasan untuk hubungan lebih erat dan produktif antara Indonesia dengan Malaysia pada masa akan datang. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >