Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Dua lelaki warga Singapura antara tiga individu yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh di Johor

Oct 28, 2023 | 03:46 PM



JOHOR BAHRU - Polis telah menahan tiga individu yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan seorang lelaki warga Malaysia berusia 25 tahun.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Penolong Pesuruhjaya, Raub Selamat berkata, suspek berusia 20-an tahun itu ditahan kira-kira jam 5.30 pagi Jumaat.

“Pada 3.41 pagi Jumaat (27 Oktober), kami menerima maklumat daripada orang ramai mengenai pergaduhan membabitkan objek tajam yang berlaku di kawasan Johor Bahru yang mengakibatkan seorang lelaki tempatan maut.

“Berdasarkan siasatan awal, kami menemui kesan tikaman di dada, perut, rusuk, bahu dan belakang mangsa serta luka di jari dan pipi.

“Kami masih menyiasat punca pergaduhan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, polis kemudian mengesan ketiga-tiga suspek dalam sebuah kereta di Jalan Tanjung Puteri di Johor.

“Ketika cuba mengesan mereka, kami menemui sebuah kereta yang mencurigakan. Ketika polis cuba membuat pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu, pemandunya memecut laju sehingga ke Jalan Tun Dr Ismail sebelum hilang kawalan dan terbabas.

“Kereta itu turut merempuh dua kenderaan lain dan pintu pagar hadapan Istana Besar,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketiga-tiga suspek kemudiannya ditahan.

AC Raub ketika dihubungi mengesahkan dua daripada suspek adalah lelaki warga Singapura dan seorang wanita Malaysia.

“Seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah membabitkan kes dadah manakala ketiga-tiganya didapati positif dadah jenis methamphetamin.

“Kita juga telah merampas pemegang pisau, pisau, dua baju, dua seluar dan tiga telefon,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya.

“Seorang daripada suspek yang memandu kereta dan memecut laju selepas diperiksa polis, turut disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >