JAKARTA: Dua pelancong Austria maut selepas terjatuh dari sebuah jambatan gantung yang runtuh, berhampiran air terjun terkenal Cunca Wulang di Pulau Flores, Indonesia, menurut pihak berkuasa pada 25 Mei.

Mangsa terdiri daripada seorang lelaki berusia 55 tahun dan seorang wanita berusia 57 tahun, yang dipercayai sedang bercuti di kawasan pelancongan popular berhampiran Labuan Bajo.