Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Dua pesawat berlanggar di landasan lapangan terbang Jakarta

Apr 05, 2016 | 09:30 AM

JAKARTA: Dua pesawat berlanggar di landasan di sebuah lapangan terbang di Jakarta lewat Isnin (4 Apr), memaksa penumpang dipindahkan menggunakan tanjakan kembung.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, menurut satu kenyataan kementerian pengangkutan.

Sebuah pesawat Boeing 737-800 kendalian Batik Air syarikat penerbangan Lion Air Group sedang hendak berlepas dari Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma apabila sayapnya melanggar ekor sebuah pesawat lebih kecil yang sedang ditarik dari landasan.

"Semua penumpang dan anak kapal telah dipindahkan dengan selamat," kata kementerian pengangkutan itu dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa lapangan terbang tersebut, yang memberi perkhidmatan kebanyakannya bagi penerbangan domestik, akan ditutup hingga diberitahu kelak.

Imej televisyen menunjukkan sayap pesawat Batik Air terbakar dan kereta bomba serta ambulans menunggu di landasan.

Pesawat Batik Air itu dalam penerbangana dari Jakarta ke Makassar di Sulawesi Selatan. - Reuters, Bloomberg

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3