Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dua tentera laut AS disahkan terkorban di perairan Somalia

Jan 22, 2024 | 12:43 PM



WASHINGTON: Dua anggota khusus Tentera Laut Amerika Syarikat yang hilang di laut pada waktu malam semasa serbuan ke atas bot kecil di luar perairan Somalia, telah diisytiharkan mati pada Ahad 21 Januari.


Operasi selama 10 hari telah beralih daripada mencari dan menyelamat kepada pemulihan, kata Komand Pusat Amerika (Centcom), dalam satu kenyataan.

“Kami dukacita mengumumkan bahawa selepas 10 hari pencarian menyeluruh, dua SEAL (anggota khusus) Tentera Laut Amerika kami yang hilang, belum ditemui dan status mereka telah ditukar kepada maut,” menurut kenyataan itu, dipetik oleh NBC News.

Pengenalan kedua-dua anggota tentera laut itu tidak didedahkan, dan Centcom bagi kepentingan Amerika di Timur Tengah, berkata tiada maklumat lanjut akan diberikan segera “demi menghormati” keluarga mangsa.

Dua pegawai pertahanan Amerika berkata, salah seorang anggota SEAL telah cuba menaiki kapal Somalia di tengah laut bergelora dan terjatuh ke dalam air. Anggota yang satu lagi terjun dan menyelam seperti yang ditetapkan oleh protokol, kata para pegawai.

Kapal itu, yang dikenali sebagai dhow, membawa “senjata konvensional canggih Iran” ketika serbuan berlaku pada 11 Januari, kata Centcom pada Ahad.

“Kami berduka atas kehilangan dua wira Perang Khas Tentera Laut kami, dan kami akan sentiasa menghormati pengorbanan dan teladan mereka,” kata Jeneral Michael Erik Kurilla dalam kenyataan Centcom itu.

“Doa kami bersama keluarga SEAL, rakan-rakan, Tentera Laut Amerika dan seluruh masyarakat Operasi Khas pada masa ini.”

Pinggir pantai Somalia meliputi Teluk Aden, Selat Guardafui dan Lautan Hindi.

Seorang pegawai tentera Amerika, yang tidak memberi lokasi sebenar kejadian itu, berkata anggota dari Amerika, Jepun dan Sepanyol telah melancarkan operasi mencari sejauh lebih 33 kilometer.

Bantuan yang diberikan termasuk daripada Pusat Meteorologi Armada dan Kelautan, Komand Pasukan Pengawal Pantai Amerika bagi Atlantik, Universiti California, Institusi Oseanografi Scripps San Diego dan cabang Sokongan Oseanografi Pejabat Penyelidikan Tentera Laut. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >