Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dublin dilanda rusuhan susulan insiden lima cedera ditikam pisau

Nov 24, 2023 | 11:36 AM



DUBLIN: Lima orang termasuk tiga kanak-kanak cedera dalam satu serangan menggunakan pisau di Dataran Parnell di Dublin, Ireland pada lewat Khamis sehingga mencetuskan rusuhan di pusat bandar Dublin.


Menurut polis, motif serangan masih belum dikenal pasti, termasuk kemungkinan kaitannya dengan keganasan.

“Keadaan sangat mengecewakan. Kami mempunyai kumpulan samseng didorong pemahaman politik sayap kanan yang terlibat dalam keganasan,” kata Pesuruhjaya Polis, Encik Drew Harris, kepada wartawan selepas mengerahkan 400 pegawai untuk mengawal keadaan.

Sebuah kereta polis juga dibakar.

Menyusuli rusuhan tersebut, pengangkutan awam dihentikan sementara dan pesakit dinasihatkan supaya tidak pergi ke hospital bersalin berdekatan kecuali dalam keadaan darurat.

Pemerintah Ireland sedang menyemak keselamatan di sekitar pekarangan Parlimen berikutan rusuhan baru-baru ini menyebabkan para penggubal undang-undang terperangkap.

Pertempuran antara polis rusuhan dengan penunjuk perasaan antipendatang tercetus di sebelah jalan utama O’Connell Street.

Kejadian itu melibatkan pembakaran bas dua tingkat di depan patung Daniel O’Connell, kereta polis, serta pecahnya tingkap di hotel Holiday Inn dan restoran McDonald’s berhampiran. Sebuah kedai Footlocker juga dilaporkan dirompak.

Encik Harris menyifatkan kejadian itu sebagai adegan yang memalukan, didorong oleh ideologi sayap kanan yang terlibat dalam keganasan serius.

Walaupun siasatan masih berjalan dan pegawai kanan sebelum ini mengatakan kejadian itu tidak berkaitan dengan pengganasan, Encik Harris menegaskan siasatan masih dijalankan dan mereka harus berfikiran terbuka tentang motif di sebalik kejadian tersebut.

Dublin jarang mengalami rusuhan sebegini. Walaupun tiada parti politik sayap kanan yang dipilih ke Parlimen, namun protes antipendatang kecil telah meningkat sejak setahun lalu.

Jumlah pendatang meningkat di Ireland yang mempunyai 5.3 juta penduduk, iaitu yang kedua tertinggi sejak 12 bulan sehingga April.

Sekitar 100,000 pelarian Ukraine tiba berikutan pencerobohan Russia, yang juga merupakan antara yang tertinggi per kapita dalam Kesatuan Eropah (EU).

Menteri Kehakiman, Cik Helen McEntee, menyatakan bahawa ada sekumpulan orang, termasuk samseng dan penjenayah, yang menggunakan serangan terbaru itu untuk mencetuskan perpecahan.

Beliau menekankan bahawa setiap tindakan akan dipandang serius oleh polis demi memulihkan ketenteraman dan situasi itu tidak boleh dipandang ringan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >