Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Sektor pelancongan Perancis hadapi pembatalan akibat pergolakan

Jul 01, 2023 | 02:09 PM



PARIS - Bantahan ganas yang berlaku sejak beberapa hari di seluruh Perancis selepas kejadian tembakan maut polis terhadap seorang remaja mula memberi kesan kepada sektor pelancongan negara itu, dengan hotel dan restoran berdepan dengan banyak pembatalan tempahan, manakala ada juga yang mengalami kerosakan dalam pergolakan itu.

Sejak kematian remaja berusia 17 tahun Nahel M. semasa di satu lintasan trafik di pinggir bandar pada Selasa, beberapa hotel mengalami gelombang pembatalan tempahan di semua wilayah yang terjejas oleh kerosakan dan pertempuran, kata chef Thierry Marx, presiden persatuan utama untuk majikan industri hotel dan katering.

Encik Marx berkata pada Jumaat bahawa beliau menerima maklumat setiap hari daripada penggiat industri yang telah mengalami “serangan, rompakan dan kemusnahan perniagaan mereka, termasuk beberapa restoran dan kafe”.

“Pertubuhan kami adalah tempat perhotelan intrinsik, malah kadangkala tempat perlindungan dan tempat bantuan dalam situasi krisis. Mereka tidak boleh ikut terjejas akibat kemarahan yang tidak mereka bangkitkan dan kami mengecam tindakan ini,” tambahnya.

Encik Marx mahu pihak berkuasa melakukan “segala-galanya” untuk menjamin keselamatan orang ramai dalam industri perhotelan dan katering di destinasi pelancongan paling popular di dunia.

Persekutuan runcit Perancis juga menggesa keselamatan polis diperkukuh di sekitar kedai.

Rusuhan itu “menimbulkan adegan sebenar rompakan”, kata pengarah urusannya Jacques Creyssel, dengan “lebih daripada seratus kedai makanan atau bukan makanan sederhana dan besar dirosakkan, dirompak atau dibakar”.

Insiden ini “amat serius dan mempunyai kos yang sangat berat”, menurut Encik Creyssel, yang berkata beliau telah meminta menteri ekonomi, dalam dan perdagangan untuk bertindak.

Dewan Perniagaan Paris Ile-de-France berkata ia memastikan pasukannya digerakkan untuk “menyediakan sokongan dan bantuan teknikal yang diperlukan, terutamanya dari segi operasi berterusan, pampasan insurans” untuk peniaga dan pengurus syarikat yang terjejas.

Organisasi GHR untuk hotel dan restoran bebas di Perancis kesal kerana “rangkaian (rangkaian TV) asing mula menunjukkan imej Paris terbakar dan berdarah, yang tidak sesuai dengan realiti”.

“Adakah keganasan dan rusuhan berterusan dan menyebabkan gelombang pembatalan sebenar? Itulah risikonya,” kata pengarah urusan Franck Trouet kepada agensi berita AFP.

“Pelancong Asia, khususnya, yang sangat mengambil berat tentang keselamatan, mungkin tidak teragak-agak untuk menangguhkan atau membatalkan perjalanan mereka,” dia memberi amaran.

Encik Didier Arino, pengarah urusan firma Protourisme berkata: “Pelancong yang mengenali kami dengan baik, seperti orang Belgium atau British, yang juga mempunyai masalah di pinggir bandar mereka, akan dapat memahami situasi ini”.

Tetapi pada akhirnya, beliau berkata “seolah-olah kami melakukan kempen publisiti negatif bernilai beberapa puluh juta euro untuk destinasi Perancis”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >