Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dunia Arab, AS tidak sepakat mengenai gencatan senjata di Gaza

Nov 05, 2023 | 03:09 PM



GAZA/AMMAN: Amerika Syarikat dan sekutu Arabnya kelihatan tidak bersepakat berhubung serangan tentera Israel di Gaza untuk mengalahkan Hamas.


Ini sedang Washington dan Israel menentang tekanan untuk gencatan senjata segera walaupun angka kematian di kalangan orang awam Palestin terus meningkat.

Dalam satu sidang akhbar yang menunjukkan perbezaan pandangan yang jarang dilihat di khalayak ramai, menteri-menteri luar Arab mendesak Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, meyakinkan Israel untuk bersetuju dengan gencatan senjata.

Bagaimanapun, diplomat tertinggi Amerika itu menolak idea itu sambil berkata gencatan senjata akan hanya menguntungkan Hamas, dan membolehkan kumpulan Palestin itu berkumpul semula dan menyerang lagi.

Encik Blinken pada Ahad dijadual meneruskan lawatan keduanya ke Timur Tengah sejak konflik Israel-Palestin selama berpuluh tahun itu tercetus semula apabila kumpulan Hamas, yang menguasai Jaluran Gaza, membunuh 1,400 orang dan menjadikan lebih 240 tebusan, dalam serangan pada 7 Oktober lalu, di selatan Israel.

Sejak itu, Israel telah menyerang Gaza dari udara, mengenakan kepungan dan melancarkan serangan darat yang membangkitkan keprihatinan di seluruh dunia terhadap nasib penduduk di kawasan itu.

Serangan Israel telah membunuh lebih 9,488 rakyat Palestin, kata pegawai kesihatan Gaza pada Sabtu.

Agensi berita Palestin Wafa berkata seramai 51 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terbunuh dan ramai lagi cedera dalam pengeboman Israel ke atas kem pelarian Maghazi di Gaza pada Sabtu malam.

Jumlah kematian orang awam yang semakin tinggi telah meningkatkan gesaan antarabangsa terhadap gencatan senjata, tetapi Washington, seperti Israel, setakat ini menolaknya walaupun ia cuba meyakinkan pemerintahan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, untuk menerima gencatan di kawasan tempatan tertentu.

Encik Netanyahu menolak idea itu selepas bertemu Encik Blinken pada Jumaat.

Pada Sabtu, apabila ditanya oleh wartawan sama ada terdapat sebarang kemajuan dalam mencapai gencatan bagi bantuan kemanusiaan, Presiden Amerika, Encik Joe Biden, berkata “Ya” sambil mengangkat ibu jarinya ketika beliau meninggalkan sebuah gereja di Pantai Rehoboth, Delaware.

Bagaimanapun, masih tidak jelas berapa lama pentadbiran Biden boleh menolak gesaan sedemikian, dengan penunjuk perasaan pro-Palestin mengadakan bantahan pada Sabtu di bandar di seluruh dunia, termasuk London, Berlin, Paris, Istanbul dan Washington untuk menuntut gencatan senjata.

“(Konflik ini) akan hanya menimbulkan lebih banyak penderitaan bagi rakyat Palestin dan Israel, dan ini akan mendorong kita semua kembali ke dalam jurang kebencian dan penurunan martabat manusia. Jadi ia perlu dihentikan,” ujar Menteri Luar Jordan, Encik Ayman Safadi, dalam satu sidang akhbar bersama, dengan Encik Blinken.

Saksi Palestin berkata Israel menyerang sekolah Al-Fakhoura di Jabalia, tempat beribu-ribu mangsa dipindahkan, pada awal Sabtu. – Reuters.

Tentera Israel berkata siasatan awal menunjukkan ia tidak menyasarkan lokasi itu “tetapi letupan itu mungkin berpunca daripada tembakan IDF (Pasukan Pertahanan Israel) yang ditujukan ke sasaran lain.”


Para pemimpin Arab juga kelihatan keberatan membuat ulasan menyeluruh mengenai masa depan Gaza, sambil berkata tumpuan harus diberikan kepada usaha menghentikan konflik itu.


Buat masa ini, sukar dibayangkan wajah Jaluran Gaza apabila pertempuran itu dihentikan kelak, tambah mereka.


Di sidang akhbar yang sama, Menteri Luar Mesir, Encik Sameh Shoukry, menjelaskan: “Anda perlu menumpukan perhatian kepada isu yang dihadapi,” sambil merujuk kepada bantuan kemanusiaan yang diperlukan penduduk Gaza dan usaha menghentikan permusuhan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >