Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ekon, bantu golongan miskin kini keutamaan: Anwar

Feb 27, 2023 | 05:15 PM



PUTRAJAYA: Penjawat awam diminta bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan untuk mengukuhkan ekonomi negara terlebih dahulu sebelum isu membabitkan mereka, meliputi kos sara hidup, dapat ditangani.


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata negara ketika ini berdepan hutang mencecah RM1.5 trilion ($455.3 bilion) dan defisit pada 5.6 peratus.


Justeru buat masa ini, Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan tidak boleh bersetuju dengan desakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), termasuk berhubung kenaikan gaji penjawat awam kerana ia akan meningkatkan defisit negara.


“Cuepacs minta kaji semula gaji (penjawat awam) supaya ditambah. Saya setuju pada prinsipnya tetapi saya terangkan mengenai pendekatan yang dilakukan sebelumnya.


“Apa masalah kita? Kita hutang RM1.5 trilion dan defisit 5.6 peratus. Kalau kita menambah gaji, defisit akan menjadi 6.5 peratus... tiada orang hendak datang melabur di negara ini kerana tidak yakin ada kekuatan tekad politik untuk mengurus negara dengan baik.


“Jadi, sabarlah sekejap,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Antarabangsa Mengenai Islam dan Islamofobia: Ke Arah yang Bermakna Penglibatan Melalui Pendekatan Madani, di sini, pada Isnin (27 Feb).

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >