Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Empangan pecah di Libya sudah retak sejak beberapa dekad

Sep 18, 2023 | 02:36 PM



DERNA (Libya): Dua empangan yang pecah dalam ribut taufan dan banjir besar sehingga mengorbankan beribu-ribu orang dikatakan telah bak retak mencari belah sejak 1998, kata seorang pegawai.


Pendakwa raya, Encik Al-Seddik Al-Sour, mengumumkan hasil penyiasatan terhadap keadaan yang membawa kepada keruntuhan kedua-dua empangan itu dan menyebabkan bencana banjir kilat yang melanda bandar itu.

Seperti kebanyakan prasarana Libya yang runtuh, dua empangan yang telah dibina untuk menahan air dari Derna telah rosak selama bertahun-tahun kerana diabaikan, seiring konflik dan perpecahan di Libya.

Negara Afrika Utara itu kini diperintah oleh dua pentadbiran bersaingan sejak pemberontakan disokong Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).

Pemberontakan itu menyaksikan pemimpin diktator Muammar Gadaffi digulingkan dan dibunuh pada 2011.

Dalam kejadian Ribut Daniel dan banjir besar melanda timur Libya pada 10 September, Empangan Abu Mansur, yang terletak 13 kilometer dari bandar dan menampung 22.5 juta meter padu air, runtuh.

Banjir itu kemudian memecahkan Al Bilad, empangan kedua, yang mempunyai kapasiti 1.5 juta meter padu air dan hanya satu kilometer dari bandar pantai.

Air dan serpihan bangunan menderu ke arah sungai kering yang membelah pusat bandar.

Kedua-dua empangan itu dibina oleh syarikat Yugoslavia pada 1970-an, “bukan untuk mengumpul air tetapi untuk melindungi Derna daripada banjir”, ujar Encik Al-Sour.

Sebelum empangan dibina, Derna telah dilanda beberapa siri banjir besar daripada sungai pada pertengahan abad ke-20.

Menurut pendakwa raya Libya, mereka yang bertanggungjawab menguruskan empangan di Libya telah melaporkan keretakan di kedua-duanya seawal 1998.

Dua tahun kemudian, pihak berkuasa Libya mengupah sebuah firma kejuruteraan Italy untuk menilai kerosakan. Ia mengesahkan keretakan dan mengesyorkan pembinaan empangan ketiga untuk melindungi bandar itu, kata Encik Al-Sour lagi.

Pada 2007, pemerintah Gadaffi mengamanahkan kerja pembaikan empangan kepada sebuah syarikat Turkey.

Tetapi, kerana isu pembayaran, syarikat itu tidak memulakan kerja sehingga Oktober 2010, dan dihentikan kurang lima bulan kemudian selepas revolusi membawa kepada kejatuhan Encik Gadaffi bermula.

Sejak itu, bajet telah diperuntukkan setiap tahun untuk membaiki kedua-dua empangan tersebut.

Namun, tiada satu pun pemerintah yang berganti, telah melaksanakan kerja pembaikan pada awal 2011, kata seorang pegawai.

Dalam laporan 2021 dari biro audit Libya, para pegawai mengkritik “penangguhan” untuk menyambung semula kerja pembaikan di kedua-dua empangan.

Pada November 2022, jurutera dan akademik Encik Abdel Wanis Ashour memberi amaran dalam kajiannya bahawa “malapetaka” mengancam Derna jika pihak berkuasa tidak menjalankan penyelenggaraan ke atas empangan.

Amaran itu tidak diendahkan walaupun Libya mempunyai rizab minyak terkaya di Afrika dan tidak kekurangan sumber. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >