Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Empat warga Indonesia dari Tebing Barat selamat tiba di Jakarta

Oct 17, 2023 | 12:36 PM
PULANG KE TANAH AIR: Empat warga Indonesia selamat tiba di Jakarta pada Ahad selepas dipindahkan dari Tebing Barat yang bergelora ekoran konflik Palestin-Israel.
PULANG KE TANAH AIR: Empat warga Indonesia selamat tiba di Jakarta pada Ahad selepas dipindahkan dari Tebing Barat yang bergelora ekoran konflik Palestin-Israel. - Foto ANTARA / KEMENTERIAN LUAR INDONESIA

JAKARTA: Empat warga Indonesia yang baru-baru ini dipindahkan dari Tebing Barat yang diduduki Israel dan sekitarnya, selamat tiba di Jakarta pada Ahad lalu.

“Proses pemindahan telah bermula sejak 13 Oktober. Mereka dibawa dengan selamat dari rumah mereka di Baitulmakdis ke Amman melalui sempadan Sungai Jordan,” kata Kementerian Luar Indonesia, yang dipetik oleh agensi berita rasmi Antara.

Sehingga Ahad lalu, seramai 136 warga Indonesia masih berada di Tebing Barat dan sekitarnya.

“Mereka memilih untuk tinggal di lokasi masing-masing,” kata kementerian itu dalam kenyataannya.

Pemerintah Indonesia sedang berusaha sedaya-upaya untuk memindahkan 10 warga Indonesia dari Jaluran Gaza.

Keadaan keselamatan yang terdedah di kawasan yang sesak telah memaksa pemerintah Indonesia untuk mengambil langkah berhati-hati dan mengekalkan penyelarasan intensif dengan pelbagai pihak bagi membolehkan rakyatnya meninggalkan zon perang. Pemerintah Indonesia melaporkan tiada kematian melibatkan warga Indonesia.

Kementerian Luar juga amat menggalakkan semua rakyat Indonesia yang berada di kedua-dua wilayah itu untuk segera meninggalkan kawasan berkenaan atas faktor keselamatan.

Pemerintah Indonesia sedang berkoordinasi dengan pelbagai pihak, termasuk kedutaannya di Amman, Beirut dan Kahirah untuk memindahkan rakyatnya yang berada di wilayah Palestin. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg