Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Enam negeri sedia hadapi pilihan raya

Kerajaan Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu telah umum pembubaran Dewan Undangan Negeri masing-masing
Jun 28, 2023 | 03:20 PM



Pulau Pinang, Terengganu dan Kedah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) mereka pada Rabu, setelah Kelantan dan Selangor melakukan perkara sama sebelum ini.

Terbaru, kerajaan Negeri Sembilan pada Rabu mengumumkan DUN akan dibubarkan 1 Julai.

Langkah pembubaran itu membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan di enam negeri itu dengan mandat pemerintahan mereka bakal atau telah berakhir.

Tumpuan kini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memandangkan PRN itu perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN.

Pengamat menjangkakan PRN kemungkinan besar diadakan selewat-lewatnya atau sebelum pertengahan Ogos ini.

Dihubungi Berita Harian (BH), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi daripada Universiti Malaya, berkata antara sebabnya adalah tempoh itu menyusuli kepulangan jemaah haji Malaysia dari Arab Saudi.


“Pada masa sama, ia sejajar dengan momentum pengumuman dua langkah ekonomi utama yang bakal diumumkan pada Julai dan awal Ogos oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ketika itu juga (Ogos), Kerajaan Perpaduan sudah dapat dilihat mempunyai hala tuju yang lebih jelas. Isu-isu dalaman kalangan parti komponen Kerajaan Perpaduan juga dijangka semakin stabil dan kukuh,” ujar beliau.

Dua program ekonomi utama tersebut termasuk Naratif Ekonomi Madani yang bakal diumumkan akhir Julai selain pelan induk perindustrian baru pada Ogos yang akan menggambarkan naratif menarik buat pelabur antarabangsa terhadap Malaysia, yang mampu merancakkan ekonomi Malaysia, tambah Profesor Azman.

Sebelum pembubaran itu, Kelantan, Terengganu dan Kedah dikuasai Perikatan Nasional (PN) yang menggabungkan Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Sementara Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dikuasai Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN).

PH merupakan gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (Amanah). BN pula antaranya merangkumi Umno, Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC).

Kelantan menjadi negeri terawal membubarkan DUN pada 22 Jun lalu, yang menyaksikan ia dilakukan enam hari lebih awal, berbanding tempoh mandatnya.

Sehari selepas Kelantan, DUN Selangor dibubarkan secara rasmi pada 23 Jun iaitu dua hari lebih awal daripada tempoh mandatnya, selepas mendapat perkenan Sultan Selangor.

PN melahirkan azam mahu menawan Selangor, yang merupakan negeri terkaya di Malaysia, sambil mempertahankan Kelantan, Terengganu dan Kedah. Bersatu dan PAS sebelum ini hanya menguasai lima kerusi daripada sejumlah 56 kerusi DUN Selangor.

PH-BN pula berazam mahu mempertahankan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang serta mahu merampas Kedah daripada PN. Sebelum pembubaran DUN Kedah, PN menguasai 20 kerusi sedang PH-BN menguasai 12 kerusi, daripada sejumlah 36 kerusi DUN Kedah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >