Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muda tanding pilihan raya negeri di M’sia untuk buang politik ‘toksik’

Jun 27, 2023 | 3:51 PM
SYED SADDIQ: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengumumkan ikut bertanding dalam pilihan raya umum negeri secara sendirian.
SYED SADDIQ: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengumumkan ikut bertanding dalam pilihan raya umum negeri secara sendirian. - Foto ZAOBAO

KUALA LUMPUR: Keputusan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bertanding secara sendirian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri di Malaysia adalah untuk bertindak sebagai medium ‘semak dan imbang’ di dalam kerajaan sedia ada.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata ketika ini kerajaan Malaysia terbelah kepada dua blok parti politik yang agak besar dan dilihat bersifat ‘toksik’.

Katanya, rata-rata rakyat pula melihat prinsip perjuangan kerajaan sudah berubah, tidak seperti dahulu yang mana semuanya tidak seperti apa yang diperkatakan dahulu.

“Justeru Muda perlu fokus kepada idealisme asal untuk menyatukan dan memperjuangkan rakyat serta memberi keadilan kepada semua walaupun berada di pihak pembangkang.

“Tidak adil untuk kerajaan menghukum rakyat yang tidak mengundi mereka dengan dianak tirikannya.

“Sebab itu, dari dulu sampai sekarang, Muda amat konsisten dengan perjuangannya dan tidak pernah bersikap ‘u-turn’ sama sekali,” katanya ketika sesi Town Hall dalam talian pertama Parti Muda pada Isnin, lapor Berita Harian Malaysia.

Muda mengesahkan mahu menyertai PRN secara solo demi membawa suara rakyat dan memperkenalkan politik baru yang menjauhi amalan lapuk.

Keputusan itu membuatkan Muda bakal bertembung dengan Pakatan Harapan (PH) yang bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN), selain Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai oleh Parti Islam SeMalaysia (Pas), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Sementara itu, Syed Saddiq berkata strategi Muda dalam PRN kali ini ialah memastikan peruntukan diberi sama rata tidak kira kawasan itu dimiliki pembangkang, fokus kepada isu rakyat, tiada lantikan politik berleluasa dan tiada pemusatan kuasa.

“Sampai bila kita nak tengok politik yang berpecah belah kerana akhirnya ia tidak akan menjadikan negara ini maju.

“Bagaimanapun saya akui, bukan mudah untuk sebuah parti baru untuk menang, namun bersedia kalah demi ‘pelaburan’ jangka masa panjang. Rakyat adalah pemegang taruhan terbesar dalam negara dan mereka akan lihat untuk tentukan.

“Muda perlu ukur baju kerana dalam menyertai pesta demokrasi ini, kita realistik. Jika kalah, kita belajar kerana untuk berjaya ia akan mengambil masa yang lama,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg