Erdogan pertahan program Ramadan di sekolah, tolak dakwaan ancam sekularisme Turkey

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Erdogan pertahan program Ramadan di sekolah, tolak dakwaan ancam sekularisme Turkey

Pengkritik sifat keputusan buka perbalahan baharu, tuduh pemerintah cuba mengIslamkan sistem pendidikan
Feb 26, 2026 | 2:05 PM

Erdogan pertahan program Ramadan di sekolah, tolak dakwaan ancam sekularisme Turkey

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Recep Tayyip Erdogan, sekolah awam Turkiye, aktiviti Ramadan sekolah, sekularisme Turkiye, Yusuf Tekin, parti AKP, pendidikan Islam Turkiye, berita Turkiye 2026, generasi bertakwa Erdogan
Presiden Turkey, Recep Tayyip Erdogan mempertahankan arahan memperkenalkan aktiviti berkaitan Ramadan di sekolah awam. - Foto Perkhidmatan Akhbar Kementerian Luar Turkey

ISTANBUL: Presiden Turkey Recep Tayyip Erdogan mempertahankan arahan pemerintah mewajibkan sekolah awam menganjurkan aktiviti berkaitan Ramadan, sambil menolak kritikan pihak pembangkang yang mendakwa langkah itu menggugat prinsip sekular negara.

Arahan tersebut dikeluarkan Menteri Pendidikan, Encik Yusuf Tekin yang mengarahkan semua sekolah dari prasekolah hingga sekolah menengah di seluruh negara mengadakan program keagamaan sepanjang bulan Ramadan.

Pengkritik menyifatkan keputusan itu membuka perbalahan baharu dalam negara yang berperlembagaan sekular, malah menuduh pemerintah cuba mengIslamkan sistem pendidikan serta menghakis pemisahan agama dan negara.

Namun Erdogan menegaskan tindakan itu wajar.

“Apa yang dilakukan adalah betul, sesuai, sah di sisi undang-undang dan satu perkhidmatan bermanfaat yang mencerminkan perasaan rakyat kita,” katanya kepada ahli Parlimen parti AKP di Ankara.

Beliau menjelaskan sekolah akan menganjurkan sesi perbincangan serta majlis berbuka puasa bagi mengukuhkan hubungan sekolah dan keluarga, dan penyertaan adalah secara sukarela.

Encik Erdogan sebelum ini pernah menyatakan hasrat melahirkan “generasi bertakwa”, kenyataan yang sering menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat sekular Turkey.

Arahan kementerian pendidikan itu turut mencetuskan petisyen bantahan dalam talian yang ditandatangani lebih 42,000 orang termasuk tokoh terkenal seperti penulis Ayse Kulin dan pelakon Mujde Ar.

Petisyen tersebut mendakwa Turkiye sedang berdepan “kepungan syariah konservatif” dan menegaskan, “mempertahankan sekularisme bukan jenayah... kami tidak akan menyerah kepada kegelapan.”

Encik Erdogan bagaimanapun menolak kritikan tersebut dan menuduh penentangnya mengulangi “lagu lama sekularisme terancam”.

“Mereka tidak terganggu apabila hiasan Krismas dipasang,” katanya.

“Mereka tidak kisah apabila pelbagai acara Tahun Baharu atau Halloween diadakan, tetapi apabila anak-anak kita diajar nilai kebangsaan dan rohani menjelang Ramadan, mereka tiba-tiba tidak selesa,” tambahnya.

Dalam satu majlis berbuka puasa di Ankara, Encik Erdogan berkata sebahagian kelompok sekular tidak senang melihat rakyat mengamalkan agama secara terbuka.

“Ada pihak tidak selesa rakyat menggunakan hak perlembagaan mereka untuk kebebasan beragama dan berkeyakinan,” katanya.

Beliau menuduh pengkritik bersembunyi di sebalik tafsiran sekularisme yang tegar dan menegaskan pemerintah tidak akan tunduk kepada usaha memecahbelahkan masyarakat.

Menurutnya, dasar sekular pada masa lalu pernah mendiskriminasi golongan beragama, merujuk kepada larangan pemakaian tudung di institusi pemerintah yang ditarik balik pentadbirannya pada 2013.

“Masalah mereka bukan sekularisme. Masalah mereka ialah nilai suci negara ini dan rakyatnya,” katanya.

Sekutu kanan Encik Erdogan, pemimpin Parti Gerakan Nasionalis (MHP) Encik Devlet Bahceli, turut menyokong arahan kementerian pendidikan dan mengkritik petisyen bantahan.

“Jika percaya kepada Tuhan dianggap keterlaluan, maka kami juga keterlaluan,” katanya dalam mesyuarat parti di Parlimen pada 24 Februari.

Isu peranan agama dalam ruang awam menjadi perdebatan panjang di Turkey sejak Encik Erdogan memerintah lebih dua dekad lalu.

Penyokong melihat langkah kerajaan sebagai memulihkan hak golongan beragama selepas sekatan era sekular tegar, manakala pengkritik menganggapnya usaha politik memperkukuh agenda agama dalam institusi negara.

Walaupun pemerintah menegaskan penyertaan program Ramadan di sekolah adalah pilihan, polemik itu mencerminkan perpecahan berterusan antara kelompok konservatif dan sekular dalam masyarakat Turkey. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg