Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

EU capai perjanjian kawal selia ChatGPT, AI Tech

Dec 09, 2023 | 03:13 PM



BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) mencapai kesepakatan yang diperjuangkan keras bagi apa yang boleh dianggap sebagai pengawalan kecerdasan buatan (AI) paling menyeluruh di dunia barat. 


Encik Thierry Breton, ketua pasaran dalaman kumpulan itu, berkata perjanjian tersebut mencapai keseimbangan antara memupuk inovasi dengan melindungi hak rakyat dan syarikat. 

“Kami meluangkan banyak masa untuk mencari keseimbangan yang betul antara memanfaatkan sepenuhnya potensi AI untuk menyokong penguatkuasaan undang-undang dan pada masa yang sama, melindungi hak asasi rakyat kita,” katanya pada 9 Disember dalam satu kenyataan. 

“Kami tidak mahu ada pengawasan besar-besaran di Eropah,” tambah beliau.

Selepas rundingan lebih 37 jam minggu ini, delegasi dari Suruhanjaya Eropah, Parlimen Eropah dan 27 negara anggota bersetuju dengan satu set kawalan bagi peralatan AI umum seperti OpenAI Inc, ChatGPT dan Bard oleh Google, yang mampu menghasilkan kandungan atas arahan.   

Encik Breton berkata, para perunding bersetuju untuk membenarkan beberapa pengimbasan wajah secara langsung, tetapi dengan perlindungan dan pengecualian. 

Perjanjian itu akan melarang pengimbasan biometrik yang mengkategorikan orang dengan ciri-ciri sensitif, seperti kepercayaan politik atau agama, orientasi seksual atau bangsa. 

Para pegawai berkata ini adalah salah satu isu yang paling sukar dan sensitif dalam rundingan itu.   

Undang-undang yang dicadangkan akan mengenakan penalti kewangan ke atas syarikat yang melanggar peraturan, dengan denda sehingga 35 juta euro ($50 juta), atau 7 peratus daripada penjualan sejagat, bergantung kepada pelanggaran dan saiz syarikat. 

Draf undang-undang itu masih perlu diluluskan secara rasmi oleh negara anggota EU dan Parlimen. 

Tetapi perjanjian itu menandakan langkah genting ke arah dasar AI yang akan menetapkan garis panduan bagi peraturan teknologi yang pesat membangun, sekiranya tiada tindakan yang bermakna oleh Kongres Amerika Syarikat.

EU menyasarkan untuk menggubal kawalan ketat pertama ke atas AI di luar Asia. 

Penggubal dasar telah bekerja selama berbulan untuk memuktamadkan Akta AI dan meluluskannya sebelum Pilihan Raya Eropah pada Jun apabila suruhanjaya baru dan Parlimen boleh mengenakan lebih banyak perubahan dan menghambat usaha tersebut. 

Keputusan itu telah dirundingkan pada sesi 8 Disember berikutan hampir 24 jam dari 6 Disember hingga 7 Disember. 

Semasa mesyuarat pertama, beberapa perunding tertidur di dalam Dewan ketika yang lain membahaskan topik paling sensitif iaitu menyekat teknologi imbasan wajah secara langsung di khalayak ramai sebelum akhirnya bersetuju berhenti untuk berehat.   


Perbincangan yang sukar menekankan bagaimana perbalahan perdebatan mengenai kawal selia AI telah memecah belahkan para pemimpin dunia dan eksekutif teknologi sama seperti alat generatif terus meningkat dalam populariti mereka. 

EU – seperti negara lain termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom – telah berusaha untuk mencari keseimbangan di antara keperluan untuk melindungi syarikat pemula AI sendiri, seperti Mistral AI dari Perancis dan Aleph Alpha dari Jerman, terhadap potensi risiko kemasyarakatan.   

Ia terbukti menjadi hambatan dalam rundingan, dengan beberapa negara termasuk Perancis dan Jerman menentang kaedah itu kerana ia menjadi halangan bagi syarikat tempatan. 

Beberapa butiran masih akan diusahakan oleh kakitangan awam pada minggu-minggu akan datang.

Namun para perunding sebahagian besarnya bersetuju untuk meletakkan kaedah di sekitar generatif AI yang termasuk keperluan ketelusan asas bagi mana-mana pemaju model bahasa yang besar. 

Mereka yang menimbulkan risiko sistemik perlu menandatangani kod etika secara sukarela untuk bekerjasama dengan suruhanjaya bagi mengurangkan risiko. 

Pelan ini sama dengan Akta Perkhidmatan Digital, peraturan kesederhanaan kandungan EU.   

Titik yang paling rumit adalah sejauh mana untuk menyekat alat pengenalan biometrik hidup. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >