KRISIS EKONOMI GREECE

EU: Meterai pakej bantuan baru atau disingkir

Greece diberi hingga Ahad untuk buat keputusan

BRUSSELS: Pemimpin-pemimpin Eropah memberi tempoh akhir sehingga Ahad ini bagi Greece memeterai rancangan perjanjian penyelamatan baru atau menghadapi kemungkinan ia keluar dari Euro.

Greece diberi tempoh sehingga esok (Khamis) untuk menyerahkan pelan reformasi dalam pakej menyelamat negara itu yang dibelenggu hutang, kata Presiden Kesatuan Eropah (EU), Encik Donald Tusk.