PARIS: Rembatan jarak jauh Dmitri Payet membolehkan tuan rumah Euro 2016 Perancis mengukir kemenangan 2-1 ke atas Romania dalam perlawanan pembukaan kejuaraan itu awal pagi semalam.
Payet, yang meninggalkan padang bergenang air mata selepas menjaringkan gol pada minit akhir perlawanan, berkata: "Tekanan sangat hebat sejak mula saya berada dalam skuad ini. Emosi sedemikian sebenarnya menghasilkan gol. Saya puas."