Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Fahmi tolak arah naratif jahat konon salahkan PAS isu batalkan festival

Jul 25, 2023 | 01:55 PM



KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital, Encik Fahmi Fadzil, menyelar tindakan pihak tertentu menyebarkan poster mengandungi fitnah kononnya beliau mengarahkan tentera siber penyokong kerajaan mencipta naratif jahat untuk menyalahkan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dalam isu pembatalan Festival Good Vibes 2023 (GVF23).


Menerusi hantaran di media sosial, Encik Fahmi memaklumkan sudah mengarahkan pejabatnya untuk membuat laporan berhubung penyebaran poster itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Di hari kita semua bersedih kehilangan seorang rakan seperjuangan yang baik, ada yang masih sempat dan tak takut melakukan fitnah.

“Bagaimana pereka poster ini boleh dengan tidak ada rasa takut akan undang-undang mahu pun akhirat, membuat fitnah secara terbuka seperti ini.

“Semoga Allah swt sentiasa melindungi kita daripada fitnah dan pemfitnah ini,” katanya.


Poster itu antara lain mendakwa Encik Fahmi mengarahkan PAS ditonjolkan sebagai parti ekstrem, sebagai langkah terdesak beliau yang meluluskan permit The 1975, kumpulan yang melakukan aksi tidak senonoh dan biadab ketika membuat persembahan di GVF23.

Encik Fahmi berkata, permohonan permit kumpulan The 1975 oleh penganjur GVF23 ditolak oleh Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) pada 23 Jun lalu menyusuli rekod buruk mereka.

Bagaimanapun pada 16 Julai lalu, penganjur membuat rayuan dan jaminan bertulis termasuk daripada pengurus kumpulan itu untuk bertanggungjawab sepenuhnya atas persembahan The 1975 dan PUSPAL menerimanya berdasarkan jaminan itu.

Bagaimanapun, katanya, The 1975 melakukan aksi sangat biadab ketika persembahan Jumaat lalu kira-kira 11 malam, yang antara lain menyaksikan vokalisnya, Matty Healy, memegang botol arak ketika di pentas selain berkelakuan lucah serta membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Encik Fahmi berkata, beliau mengambil tindakan segera dengan mengutuk keras aksi biadab The 1975 di Twitter serta memanggil penganjur untuk memberi penjelasan sehari selepas itu dan mereka mengaku bersalah serta mengambil tanggungjawab sepenuhnya.

Katanya, arahan pembatalan GVF23 yang masih berbaki dua hari turut dikeluarkan pada 1 tengah Sabtu iaitu kira-kira 14 jam selepas insiden biadab itu. – Bernama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >