Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

KL batalkan konsert Good Vibes susul artis The 1975 langgar undang-undang

Jul 22, 2023 | 08:57 PM



KUALA LUMPUR: Festival muzik selama tiga hari di Kuala Lumpur telah dibatalkan pada Sabtu selepas kumpulan artis Britain, The 1975, gagal mematuhi garis panduan persembahan tempatan.

Persembahan kumpulan itu dipendekkan pada Jumaat, hari pertama festival Good Vibes, selepas Matty Healy (vokalis utama) memberi ucapan yang mengkritik kerajaan Malaysia kerana menjenayahkan hubungan sama jantina.

“Saya telah buat kesilapan semasa kami membuat tempahan persembahan, saya tidak mengikutinya. Saya tidak memahami mengapa The 1975 diundang ke negara yang mengawal dengan siapa kami boleh melakukan hubungan seks,” kata Healy di pentas kepada orang ramai.

Homoseksual dilarang di Malaysia. Selain mempertikaikan undang-undang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia, Healy juga bertindak mencium anggota kumpulannya yang juga seorang lelaki iaitu Ross McDonalds di atas pentas.

Sambil memegang botol arak ketika membuat persembahan, Healy turut meludah dan melakukan aksi kurang sopan.

Kumpulan itu mempersembahkan tujuh lagu sebelum diminta meninggalkan pentas.

Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia mengumumkan bahawa kumpulan The 1975 telah disenaraihitam daripada membuat persembahan di Malaysia.

Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) berkata keputusan itu dibuat selepas kumpulan itu didapati “mencabar, memperlekeh dan merendah-rendahkan undang-undang tempatan dan melanggar moral rakyat Malaysia” semasa persembahan mereka.

“Kementerian komunikasi dan digital tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang memprovokasi dan melibatkan diri dalam tingkah laku yang tidak sopan semasa membuat persembahan di Malaysia,” kata Puspal dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kementerian itu juga telah memfailkan laporan polis terhadap kumpulan itu serta penganjur festival kerana gagal mematuhi syarat Puspal untuk membuat persembahan di negara Malaysia, sambil menambah bahawa pihak penganjur sebelum ini telah membuat jaminan bahawa mereka akan bertanggungjawab terhadap prestasi kumpulan itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, sebelum ini berkata polis akan menghubungi penganjur sebagai sebahagian siasatan mereka.

Penganjur mengeluarkan kenyataan lewat Jumaat malam dengan berkata: “Kami kesal bahawa persembahan The 1975 terpaksa dipendekkan kerana tidak mematuhi garis panduan persembahan tempatan.”

Pada tengah hari Sabtu, pihak penganjur berkata dalam satu pos Instagram bahawa festival itu, yang sepatutnya berakhir pada Ahad, telah dibatalkan berikutan kejadian itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Encik Fahmi Fadzil, berkata penganjur acara berkenaan juga digesa untuk mengenal pasti mekanisme ganti rugi kepada pembeli tiket, yang menempah untuk mengikuti konsert pada festival berkenaan.

Dalam siri ciapan di Twitter pada Sabtu petang, Encik Fahmi berkata beliau mengarahkan pembatalan serta-merta festival itu.

Terdahulu, Encik Fahmi dalam ciapannya turut menyifatkan kelakuan Matty dalam konsert itu sebagai biadap.

Festival ini telah ditetapkan untuk menampilkan pelbagai aksi muzik antarabangsa dan tempatan yang lain, termasuk kumpulan Amerika The Stroke dan penyanyi rap Australia, Kid Laroi.

Rakyat Malaysia telah meninggalkan komen yang mengkritik laman media sosial 1975, menyuarakan kekecewaan mereka pada kumpulan itu terutama vokalis utama Healy kerana tidak menghormati adat resam negara itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >