Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Fatwa Johor panduan baik: Majlis Gereja M'sia

Feb 07, 2023 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Majlis Gereja Malaysia (CCM) menyambut baik fatwa dikeluarkan Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) yang disifatkannya panduan baik untuk umat Islam dan bukan Islam.



Setiausaha Agung CCM, Encik Jonathan Jesudas berkata orang bukan Islam harus menghargai batasan yang dikenakan terhadap umat Islam di bawah undang-undang syariah dan peka terhadap kepercayaan umat Islam apabila menjemput orang Islam ke majlis sambutan dan perayaan mereka.



"Penjelasan yang diberikan MAINJ dialu-alukan dan pastinya dapat menggalakkan keharmonian dan interaksi lebih baik dalam kalangan masyarakat berbilang agama di Malaysia," katanya dalam kenyataan.



Minggu lalu, MAINJ mengeluarkan fatwa melarang umat Islam menghadiri dan menyertai upacara ritual perayaan agama lain di negeri itu.



Menurutnya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sudah memperkenan fatwa itu yang berkuat kuasa 2 Februari lalu.



Pada hari sama, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah fatwa itu tidak bercanggah nilai toleransi, perpaduan dan persefahaman antara agama, seperti yang dianuti di bawah konsep "Bangsa Johor".



Sultan Johor menjelaskan ia hanya melarang umat Islam mengambil bahagian dalam upacara keagamaan lain, tetapi mereka masih boleh menghadiri acara perayaan agama lain.



"Fatwa berkenaan hanya melarang umat Islam terlibat atau mengambil bahagian dalam sebarang upacara ritual bukan Islam. Ini adalah garis panduan untuk umat Islam, mereka masih boleh hadir majlis dan perayaan agama lain.



"Agama lain juga mesti menghormati sensitiviti umat Islam. Ini bersifat dua hala. Kita mesti sensitif terhadap perintah dan larangan agama masing-masing untuk hidup bersama-sama," titah Sultan Johor kepada Royal Press Office (RPO), pada Jumaat lalu.



Encik Jesudas berkata, menakjubkan bagaimana rakyat Malaysia berbilang agama meraikan perayaan keagamaan mereka bersama.



"Rumah terbuka merupakan amalan khas rakyat Malaysia. Ketika Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Krismas, Gawai, Kaamatan dan perayaan lain, rakyat Malaysia mengunjungi satu sama lain, menikmati juadah dan melayan jiran serta rakan mereka. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >