NEW YORK: Penyiasat daripada Biro Siasatan Federal (FBI) sedang berusaha memastikan sama ada serangan-serangan yang berlaku di New York, New Jersey dan Minnesota ada kaitannya antara satu sama lain.
Meskipun pegawai menyifatkan ketiga-tiga serangan itu sebagai tindakan jenayah yang dilancarkan secara sengaja, mereka belum dapat menentukan motif di sebalik serangan-serangan tersebut sehingga mereka berjaya mengumpulkan lebih banyak bukti.