Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

FBI siasat gelombang ancaman bom ke atas peruncit di Amerika

Jun 26, 2023 | 03:18 PM



NEW YORK: Pegawai penguat kuasa undang-undang dan peruncit sedang menyiasat gelombang ancaman bom baru-baru ini di seluruh Amerika Syarikat, menyasarkan pengusaha runcit dan kedai lain, lapor Wall Street Journal pada Ahad.


Syarikat runcit termasuk Kroger, Walmart dan pembekal makanan Amazon, antara lain, menerima ancaman bom di kedai mereka sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini, kata laporan itu.

Ia menambah bahawa beberapa pemanggil meminta kad hadiah, bitcoin atau wang dan mengancam akan meletupkan bom jika pembayaran tidak dibuat.

Jurucakap Kroger mengesahkan kegiatan mencurigakan di pelbagai lokasi Kroger, sambil menambah bahawa syarikat itu “bekerja rapat dengan penguat kuasa undang-undang tempatan dan Biro Siasatan Federal (FBI) untuk menyiasat ancaman serupa yang telah berlaku di banyak kedai runcit seluruh negara”.

Ancaman tersebut tersebar di pelbagai kawasan dari New Mexico ke Wisconsin. Di sebuah kedai milik Kroger di New Mexico, seorang pekerja menerima panggilan daripada suspek yang memintanya menghantar wang dan berkata bom akan meledak jika beliau menghubungi polis.

Kejadian serupa dilaporkan di pinggir bandar di utara Chicago, tempat seorang pemanggil memberitahu pekerja pasar raya makanan bahawa bom paip telah diletak di kedai itu dan menuntut AS$5,000 ($6,800) dalam bentuk bitcoin, menurut Wall Street Journal.


FBI berkata ia sedang bekerjasama dengan pegawai penguat kuasa undang-undang tempatan dan negeri untuk menyelongkar ancaman-ancaman sedemikian.

Agensi keselamatan itu turut meminta orang ramai supaya berwaspada terhadap persekitaran mereka dan melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan kepada penguat kuasa undang-undang, tambah akhbar itu.

Menurut laporan itu lagi, adalah tidak jelas kepada pihak berkuasa apakah ancaman tersebut sebahagian daripada satu tindakan tersusun. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >