Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Filipina akan tambah bekalan ke terumbu dipertikai di Laut China Selatan

Aug 11, 2023 | 03:15 PM



MANILA: Filipina akan menghantar lebih banyak bekalan ke pos terpencil di sebuah terumbu di Laut China Selatan yang dipertikai seawal minggu depan, kata seorang komander tentera pada Khamis, beberapa hari selepas sebuah bot China mengganggu penghantaran bekalan.


Misi bekalan semula Sabtu lalu tidak dapat memunggah semua kargonya selepas kapal pengawal pantai China menyekat dan melepaskan meriam air ke arah kapal pengawal pantai Filipina dan bot sewa yang membawa makanan, air dan bahan api untuk tentera Filipina di Beting Second Thomas.

Insiden itu mencetus perbalahan diplomatik antara Manila dan Beijing dan kritikan antarabangsa terhadap tindakan China.

Beberapa anggota tentera laut Filipina dilihat ditempatkan di kapal Perang Dunia II vintaj, BRP Sierra Madre, yang sengaja didamparkan pada 1999 untuk memeriksa kemaraan China di perairan yang dipertikai itu. Anak kapal, yang kecil bilangannya, bergantung pada penghantaran biasa untuk kelangsungan hidup mereka.


Salah sebuah bot sewa yang membawa bekalan ke pos tersebut pada Sabtu dihalang sampai ke Beting, manakala satu lagi dapat menurunkan muatannya.

Penghantaran seterusnya ialah pada “awal minggu depan sebelum bekalan kehabisan”, kata Naib Laksamana Alberto Carlos, Ketua Komando Barat Angkatan Tentera Filipina di pulau Palawan, kepada pemberita.

Beliau berkata mereka akan menggunakan bot sewa yang sama seperti Sabtu lalu, sambil menambah bahawa beliau berharap tidak akan berlaku lagi insiden tembakan meriam air.

Pihaknya juga sedang menimbangkan penghantaran bekalan dengan menerjunkannya dari udara, tambah beliau.

Beting Second Thomas terletak sekitar 200 kilometer dari Palawan, dan lebih 1,000km dari daratan utama terdekat di China, iaitu pulau Hainan.

Insiden itu mencetuskan ketegangan antara negara yang mempunyai sejarah panjang pertikaian maritim di Laut China Selatan.

Beijing menuntut hampir keseluruhan laut itu, yang meniadi laluan perdagangan bernilai trilion dolar setiap tahun, dan mengabaikan keputusan antarabangsa bahawa dakwaannya tidak mempunyai asas undang-undang.

Ketua Turus Angkatan Tentera Filipina, Jeneral Romeo Brawner, berkata pada Khamis semasa lawatan ke Palawan bahawa negaranya perlu meningkatkan kehadirannya di perairan itu.

“Kami mempunyai rancangan untuk mengerahkan lebih banyak kapal, malah pesawat kami, untuk dapat menjaga zon ekonomi eksklusif kami... kami benar-benar perlu mewujudkan kehadiran kami di kawasan itu,” kata Jeneral Brawner. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >