Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Filipina, China berjanji cari huraian tangani pertikaian dua negara

Apr 22, 2023 | 10:00 PM



MANILA: Filipina dan China berjanji pada hari ini (22 Apr) untuk bekerjasama dalam menyelesaikan perbezaan soal kelautan di Laut China Selatan, di mana kedua-duanya mempunyai tuntutan yang bersaing, dan beriltizam untuk mengeratkan hubungan dua hala.



Rundingan antara dua menteri luar kedua-dua negara menandakan langkah terbaru dalam siri pertemuan peringkat tinggi antara Filipina dan pemimpin Amerika Syarikat dan China ketika kedua-dua kuasa besar itu bersaing untuk kelebihan strategik di Indo-Pasifik.



Hubungan Manila dengan Beijing lebih daripada sekadar perbezaan mereka berhubung Laut China Selatan, Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Encik Enrique Manalo, berkata ketika beliau memulakan perbincangan dengan Menteri Luar China, Encik Qin Gang di Manila.



"Perbezaan ini tidak seharusnya menghalang kita daripada mencari cara untuk menguruskannya dengan berkesan, terutamanya berkenaan dengan (kenikmatan) hak rakyat Filipina, terutamanya nelayan," kata Encik Manalo sambil menambah bahawa mata pencarian mereka terjejas oleh insiden dan tindakan di laluan air.



Sejak Presiden Ferdinand Marcos Jr mengambil alih jawatan pada Jun tahun lalu, Filipina telah memfailkan berpuluh-puluh bantahan diplomatik dengan kehadiran kapal nelayan China dan apa yang dipanggil "tindakan agresif" China di laluan air strategik itu.



Kedua-dua negara perlu bekerjasama untuk meneruskan tradisi persahabatan, mengeratkan kerjasama dan menyelesaikan perselisihan dengan betul, kata Encik Qin, yang akan bertemu Encik Marcos dalam lawatan ini, berkata dalam ucapan pembukaannya.



Bekerjasama akan membantu menggalakkan keamanan dan kestabilan rantau dan dunia, tambahnya.



Lawatan Encik Qin dibuat hanya beberapa minggu selepas Filipina mengumumkan lokasi empat pangkalan tentera AS tambahan, dua daripadanya menghadap ke utara ke arah Taiwan.



Lebih 17,000 askar Filipina dan AS sedang menjalankan latihan ketenteraan bersama terbesar mereka di negara Asia Tenggara itu, mendapat kritikan daripada Beijing, saingan Manila di Laut China Selatan.



Keputusan penting oleh Mahkamah Timbang Tara Tetap pada 2016 membatalkan dakwaan kedaulatan China ke atas hampir semua Laut China Selatan, yang menyaksikan penghantaran barangan bawaan kapal bernilai kira-kira AS$3 trilion setiap tahun dan dipercayai kaya dengan mineral, dan deposit minyak dan gas.



Vietnam, Malaysia, Brunei, Indonesia dan Filipina mempunyai tuntutan bersaing di bahagian laluan air. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >