Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Filipina, China saling tuduh lepas kapal berlanggar di Laut China Selatan

Aug 19, 2024 | 1:29 PM
Video pendek menunjukkan sebuah kapal pengawal pantai Filipina dan kapal pengawal pantai China belayar bersebelahan satu sama lain sebelum berlaku kejadian rempuhan di Laut China Selatan.
Video pendek menunjukkan sebuah kapal pengawal pantai Filipina dan kapal pengawal pantai China belayar bersebelahan satu sama lain sebelum berlaku kejadian rempuhan di Laut China Selatan. - Foto REUTERS

BEIJING/MANILA: Filipina dan China saling menuduh satu sama lain melakukan gerakan berbahaya di Laut China Selatan sehingga berlaku satu rempuhan kapal.

Ia kejadian terbaru selepas dua negara itu bersetuju untuk meredakan ketegangan dan menguruskan perselisihan faham di laut.

Pengawal Pantai China berkata dalam satu kenyataan bahawa sebuah kapal Filipina mengabaikan amaran berulangnya dan “sengaja berlanggar” dengan sebuah kapal China secara “tidak profesional dan berbahaya” di laluan perairan yang dipertikaikan, pada awal 18 Ogos.

Filipina mempertikaikan dakwaan Beijing, dengan mengatakan dua kapal pengawal pantainya “menghadapi gerakan menyalahi undang-undang dan agresif” oleh kapal China berhampiran Sabina Shoal, ketika dua kapal itu dalam pelayaran untuk membekalkan kakitangan Filipina yang ditempatkan di dua pulau yang diduduki.

“Pergerakan berbahaya ini mengakibatkan perlanggaran, menyebabkan kerosakan struktur pada kedua-dua kapal PCG (Pengawal Pantai Filipina),” kata Encik Jonathan Malaya, jurucakap majlis keselamatan negara dan pasukan petugas Laut China Selatan Filipina.

Manila berkata kapal pengawal pantai Cape Engano dan Bagacay dalam perjalanan untuk membekalkan semula kakitangan yang ditempatkan di Pulau Flat, yang Manila panggil Patag dan Pulau Lawak, dan China panggil Nanshan, apabila konfrontasi di laut itu berlaku berhampiran Sabina Shoal.

Perlanggaran berlaku antara Cape Engano dengan sebuah kapal pengawal pantai China pada 3.24 dinihari 19 Ogos, kata Manila.

Sekitar 16 minit kemudian, kapal pengawal pantai, Filipina Bagacay, “dirempuh dua kali” oleh kapal pengawal pantai China, mengakibatkan “kerosakan struktur kecil”, tambah Manila.

Pengawal pantai China menyiarkan video pendek kejadian yang menunjukkan perlanggaran tersebut, dan melabelkan kapal China itu sebagai sebuah kapal pengawal pantai. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg