Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Filipina kesan penularan selesema burung di ladang ternakan puyuh

Mar 16, 2020 | 9:39 PM
SATU LADANG TERNAKAN TERJEJAS: Virus selesema burung itu dikesan di perbandaran Jaen di wilayah Nueva Ecija di mana sekitar 1,500 ekor puyuh telah mati di satu ladang ternakan sahaja.
SATU LADANG TERNAKAN TERJEJAS: Virus selesema burung itu dikesan di perbandaran Jaen di wilayah Nueva Ecija di mana sekitar 1,500 ekor puyuh telah mati di satu ladang ternakan sahaja. - Foto Fail

MANILA: Filipina telah mengesan penularan selesema burung di wilayah utara selepas ujian menunjukkan kehadiran jenis cabang atau subtype virus influenza A yang sangat berjangkit iaitu H5N6 di sebuah ladang ternakan puyuh, kata menteri penternakan negara itu pada hari Isnin (16 Mac). Setiausaha Pertanian William Dar berkata virus selesema burung itu, jenis sama yang melanda beberapa ladang ternakan ayam itik tempatan pada 2017, dikesan di perbandaran Jaen di wilayah Nueva Ecija, di mana kira-kira 1,500 ekor puyuh telah mati di satu ladang ternakan sahaja. Sejumlah 12,000 ekor puyuh telah dihapuskan dan ditanam bagi mengelak jangkitan lanjut, kata Encik Dar, sambil menekankan kes itu cuma menjejas satu ladang ternakan puyuh. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg