Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

G7 sokong lanjutan gencatan senjata di Gaza

Lebih banyak bantuan boleh disalur, mudahkan proses pembebasan tebusan
Nov 29, 2023 | 02:46 PM



WASHINGTON: Menteri luar negara Kumpulan G7 (G7) menyokong lanjutan gencatan senjata sekarang dan pada masa depan untuk membolehkan bantuan kemanusiaan ditingkatkan dan memudahkan pembebasan semua tebusan, kata mereka dalam satu kenyataan bersama pada Selasa.


“Setiap usaha mesti dilakukan untuk memastikan sokongan kemanusiaan untuk orang awam.

“Kami menyokong lanjutan gencatan senjata sekarang ini dan pada masa depan, untuk membolehkan bantuan dipertingkatkan, dan memudahkan pembebasan semua tebusan,” jelas kenyataan bersama itu.

Gencatan senjata sekarang ini membawa Gaza yang diperintah Hamas, penangguhan pertama selepas tujuh minggu pengeboman dan serangan darat Israel yang telah mengakibatkan kemusnahan banyak bangunan dan membunuh lebih 15,000 orang, menurut pegawai kesihatan di situ.

Kenyataan G7 itu juga mengalu-alukan pembebasan beberapa lagi tebusan yang ditahan Hamas apabila mereka melancarkan serangan mengejut di selatan Israel pada 7 Oktober yang membunuh kira-kira 1,200 orang.

Pada Selasa, Hamas membebaskan 12 lagi tebusan dan Israel pula membebaskan 30 tahanan Palestin – hari kelima gencatan senjata dilanjutkan selama enam hari antara kumpulan militan Palestin itu dengan Israel dalam perang Gaza.

Jumlah keseluruhan tebusan yang dibebaskan Hamas sejak permulaan gencatan senjata Jumaat lalu kini berjumlah 81 orang, manakala Israel telah membebaskan 180 tahanan.

“Kami, sebagai anggota G7, menggesa pembebasan semua tebusan dengan segera dan tanpa syarat,” tegas kenyataan G7.

Ia menekankan “hak Israel untuk mempertahankan diri dan rakyatnya” tetapi menekankan kepentingan “melindungi orang awam dan mematuhi undang-undang antarabangsa”.

Ia juga berkata G7 komited kepada negara Palestin sebagai sebahagian penyelesaian dua negara.

Bagaimanapun, menteri luar G7 memberi amaran terhadap peningkatan konflik selanjutnya.

Mereka menggesa kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman supaya menghentikan ancaman terhadap laluan perkapalan antarabangsa dan membebaskan kapal komersial Galaxy Leader dan anak kapalnya yang dirampas pada 19 November.


Dalam pada itu, Amerika Syarikat menggesa Israel supaya melindungi orang awam dan mengehadkan kerosakan infrastruktur dalam mana-mana serangan di selatan Gaza, kata pegawai kanan Amerika, dalam pendekatan yang dilihat lebih berterus-terang untuk melindungi rakyat Palestin.

Pendirian itu mencerminkan perubahan ketara dalam dasar pentadbiran Presiden Joe Biden selepas kritikan domestik dan antarabangsa yang kuat.

Ia dibuat sebulan selepas Rumah Putih berkata ia tidak menetapkan ‘garisan merah’ untuk tindak balas Israel terhadap serangan Hamas pada 7 Oktober.

Serangan Israel di utara Gaza telah memberi kesan dahsyat – lebih 15,000 rakyat Palestin terbunuh, penyakit berleluasa dan sejumlah besar mangsa yang terselamat telah kehilangan tempat tinggal dan terpaksa melarikan diri ke selatan akibat kempen pengeboman tanpa henti serta kekurangan keperluan seperti makanan, tenaga elektrik dan air.

Ketika Israel mula melihat ke arah selatan Gaza untuk terus memerangi Hamas selepas berhenti seketika dalam pertempuran untuk membebaskan tebusan, pegawai Amerika berkata mereka telah berkomunikasi dengan Israel supaya mereka lebih berhati-hati di selatan yang kini menempatkan dua juta orang. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >