Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gencatan senjata di Gaza dilanjut dua hari, lebih ramai dijangka dibebas

Nov 28, 2023 | 04:23 PM



KAHIRAH/BAITULMAKDIS: Gencatan senjata selama empat hari antara Israel dengan Hamas di Gaza dilanjutkan dua hari lagi hingga 29 November, kata pengantara Qatar.


Lanjutan gencatan senjata yang diumumkan oleh Qatar dan disahkan oleh Rumah Putih itu kini meningkatkan prospek lebih ramai tebusan Israel dibebaskan oleh Hamas – melebihi 69 orang yang telah dibebaskan sejauh ini.

Ini berlaku selepas kedua-dua pihak menyelesaikan rancangan pembebasan tebusan Israel dan warga Palestin yang ditahan di penjara Israel dalam tempoh empat hari yang bermula pada Jumaat dan berakhir pada Isnin.

Pada Isnin, tentera Israel berkata 11 tebusan – yang terbaru dibebaskan mengikut syarat gencatan senjata asal – telah selamat tiba di Israel.

Qatar berkata tebusan terdiri daripada pemegang dua kerakyatan termasuk tiga yang juga warga negara Perancis, dua warga Jerman dan enam warga Argentina.

Radio Tentera Israel melaporkan bahawa pemerintahnya telah menerima senarai tebusan yang dijangka dibebaskan pada Selasa. Laporan itu memetik pejabat perdana menteri Israel sebagai menyatakan demikian.

Israel tidak mengulas mengenai perjanjian untuk melanjutkan gencatan senjata.

Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, serta Qatar dan Mesir yang menjadi pengantara bagi memudahkan perbincangan tidak langsung.

Katanya, bantuan mereka mendorong kedua-dua pihak bertelagah mempersetujui tempoh bertenang, sekali gus membolehkan pembebasan lebih ramai tebusan dan tahanan selain membenarkan lebih banyak bantuan disalurkan ke Gaza.

Namun, dalam apa yang mungkin merupakan pengesahan tersirat, pejabat perdana menteri Israel berkata pihaknya telah meluluskan penambahan 50 banduan wanita ke dalam senarai rakyat Palestin yang mungkin dibebaskan sebagai ganti tambahan tebusan Israel yang dibebaskan Hamas.

Perkhidmatan Penjara Israel berkata 33 tahanan Palestin dibebaskan pada Isnin sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan rakyat Palestin yang telah dibebaskan sejak Jumaat kepada 150 orang.

Israel sebelum ini berkata ia akan melanjutkan gencatan senjata selama satu hari bagi setiap 10 lagi tebusan yang dibebaskan Hamas. Lanjutan gencatan senjata memberikan sedikit masa kepada rakyat Palestin untuk menarik nafas lega di tengah-tengah suasana perang yang belum bernoktah.

Dalam pada itu, tentera Israel dilaporkan bertempur dengan sekumpulan rakyat Palestin yang berkumpul di luar penjara Ofer untuk menunggu pembebasan tahanan, kata kementerian kesihatan Palestin.

Kementerian itu berkata seorang warga Palestin telah ditembak mati di kawasan itu tetapi tidak jelas sama ada beliau terlibat dalam pertempuran itu.

Gencatan senjata itu adalah yang pertama dilaksanakan dalam peperangan yang telah berlangsung lebih tujuh minggu. Ia bermula apabila Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober yang mengakibatkan 1,200 orang terbunuh dan lebih 240 dijadikan tebusan.

Dengan tekad memusnahkan Hamas, Israel melancarkan serangan udara dan darat berterusan ke atas Jaluran Gaza, yang dikawal oleh kumpulan bersenjata itu. Pegawai di kawasan itu berkata, operasi Israel telah membunuh lebih 15,000 orang.

Encik Ido Dan, saudara kepada warga Israel, Sahar Calderon, 16 tahun, dan Erez Calderon, 12 tahun, bercakap tentang kegembiraan mereka dibebaskan pada Isnin. Tetapi ia bercampur dengan kebimbangan mengenai bapa mereka yang masih ditahan Hamas. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >