Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Gabungan Parti Sarawak tiada niat mahu jatuhkan kerajaan perpaduan: Fadillah

Apr 27, 2023 | 05:30 AM



KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak mempunyai sebarang niat mahu menggulingkan kerajaan perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, demikian kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.



"Saya tidak akan memberi komen ke atas sesuatu yang tidak dapat dipercayai," katanya kepada wartawan di acara rumah terbuka Hari Raya pada Selasa.



Beliau diminta mengulas laporan satu portal berita yang mendakwa terdapat beberapa anggota parlimen (AP) Barisan Nasional (BN) terlibat dalam komplot mahu menjatuhkan kerajaan.



Datuk Fadillah berkata GPS hanya tertumpu kepada pemulihan ekonomi Malaysia dan kesejahteraan rakyat, dan bukannya berpolitik.



Beliau berkata pemimpin GPS, termasuk Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan beliau sendiri, telah berulang kali menjelaskan keutamaan mereka adalah kestabilan politik.



"Apa yang kita mahukan ialah kerajaan yang stabil, kerajaan kuat yang akan memberi tumpuan untuk meletakkan Malaysia kembali di landasan betul dari segi pemulihan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan kekayaan negara.



"Hanya ini yang akan membantu Malaysia untuk kembali ke laluan (betul).



"Jika kita terus berpolitik, kita akan tergelincir lagi jauh di belakang di rantau ini," katanya.



Pada Isnin, Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, juga menolak dakwaan itu, dengan mengatakan ia berdasarkan kata-kata tidak berasas daripada sumber yang tidak dinamakan.



Laporan di portal itu menamakan Dr Wee dan AP BN lain termasuk Datuk Seri Wee Jeck Seng, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Datuk Seri M. Saravanan sebagai terlibat dalam komplot mahu menumbangkan kerajaan.



"Sebagai presiden MCA, saya memandang serius perkara ini," kata Dr Wee.



"Media harus menggunakan maklumat yang disahkan. Tunjukkan bukti - bagaimana kami terlibat? Kami tidak tahu percubaan ini.



"Jadi mengapa saya dan Jeck Seng (terlibat) dalam laporan itu?" tanya Dr Wee, sambil menambah bahawa keutamaan MCA adalah untuk menyelamatkan ekonomi dan membangkitkan isu kepentingan awam.



Menurut laporan itu lagi, beberapa AP BN telah dipujuk oleh sebilangan individu untuk mengambil bahagian dalam misi nekad itu untuk keluar parti mereka dan mengorbankan kerusi AP mereka.



Laporan itu mendakwa bahawa kumpulan AP itu kemudiannya akan bertanding semula di bawah panji pembangkang. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >