Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gaji minimum naik, majikan M'sia turunkan faedah bagi pekerja

Jun 07, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan Malaysia meningkatkan paras gaji bulanan minimum telah menyebabkan sesetengah majikan mengurangkan faedah pekerja.



Hal ini menjejas pekerja bergaji kecil seperti Encik Mohamaed Afran, yang berkata kegembiraan yang dirasakannya apabila paras gaji minimum dinaikkan adalah sekejap sahaja, setelah majikannya memutuskan mengurangkan beberapa faedah pekerja bagi menampung kos operasi yang bertambah.



"Saya menerima gaji RM1,280 ($402) sebulan sepanjang setahun setengah lalu dan sangat gembira apabila kerajaan menyemak paras gaji minimum (kepada RM1,500 sebulan).



"Tetapi kami menghadiri satu mesyuarat pekerja kira-kira sebulan setengah lalu, apabila majikan mengumumkan berita mengejut itu (mengenai beberapa faedah pekerja)," kata Encik Mohamaed, yang bekerja sebagai kakitangan penghantaran.



"Subsidi petrol dikurangkan kepada RM250 ($78.24). Selain itu, cuti tahunan dikurangkan kepada 14 hari daripada 18 hari sebelum ini dan faedah perubatan juga kurang berbanding dahulu.



"Saya terkejut, tetapi saya memerlukan pekerjaan ini," katanya, menurut akhbar The Straits Times (ST) dalam satu laporannya pada 3 Jun lalu.



Seorang eksekutif penjualan dan pemasaran, Cik Maria Fernendez, berdepan isu serupa meskipun menikmati gaji lebih tinggi.



"Ia bukan hanya menjejas satu kumpulan orang sahaja, ia menjejas seluruh pertubuhan. Gaji asas saya ialah RM3,500 ($1,095) tetapi faedah saya sedang disemak.



"Syarikat saya... cuba buat pekerja bekerja lebih banyak hari. Ia menjangka paras penghasilan akan meningkat disebabkan "penambahan kos". Ini tidak adil," katanya.



Gaji minimum bulanan baru, yang diumumkan pada 19 Mac dan berkuat kuasa pada 1 Mei, adalah bagi majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya lima pekerja dan menjalankan aktiviti profesional yang diklasifikasikan di bawah Piawaian Malaysia bagi Klasifikasi Pekerjaan 2020.



Bagaimanapun, pelaksanaan gaji minimum itu akan berkuat kuasa sepenuhnya menjelang pertengahan 2023.



Kali terakhir gaji minimum dinaikkan ialah pada Februari 2020, daripada RM1,100 kepada RM1,200.



Di bawah undang-undang, gaji minimum mesti disemak setiap dua tahun.



Pada lewat bulan lalu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengatakan ia telah menerima aduan serupa daripada pekerja berhubung tindakan majikan memotong elaun dan mengenai pengurangan faedah sedia ada bagi mengurangkan kos kenaikan gaji minimum baru.



Setiausaha Agungnya, Encik Kamarul Baharin Mansor, berkata sebarang perubahan atau pengurangan faedah sedia ada pekerja disebabkan pelaksanaan gaji minimum adalah satu pengkhianatan kepada usaha kerajaan menambah pendapatan golongan B40.



Golongan B40 merangkumi isi rumah berpendapatan di bawah RM4,850 ($1,518) sebulan.



Justeru, beliau menggesa pekerja yang tidak dibayar kadar gaji minimum baru atau dikurangkan faedah sedia ada melaporkannya kepada ibu pejabat MTUC atau ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) berdekatan.



"JTK perlu memastikan setiap aduan diambil tindakan segera dan perlu menunggu laporan daripada pekerja.



"Jika tindakan lambat diambil, maka anggapan gaji minimum sebagai bahan kempen semata-mata akan menjadi kenyataan," katanya, menurut laman berita Free Malaysia Today (FMT) dalam satu laporan pada 27 Mei.



Menyelar tindakan majikan yang memotong faedah pekerja selepas menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,500 sebulan, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menyifatkannya sebagai satu penderaan.



Menyatakan demikian di Facebooknya pada Sabtu lalu, beliau berkata majikan terbabit perlu berunding dengan pekerja sebelum bertindak mengurangkan faedah pekerja.



"Ini hak pekerja. Kalau ya pun nak potong, tolonglah rujuk dan runding dengan pekerja," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >