Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS gantung 26 penerbangan ke China, sebagai reaksi tindakan Beijing

Aug 27, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Pemerintah Amerika Syarikat memberitahu kelmarin, akan menggantung 26 penerbangan ke China dari Amerika selepas Beijing membuat keputusan menggantung beberapa jadual syarikat penerbangan Amerika, gara-gara kes Covid-19.



Keputusan yang menjejas 26 jadual syarikat penerbangan Xiamen, Air China, China Southern Airlines and China Eastern Airlines itu bermula 5 hingga 28 September ini.



Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat (USDOT), menyebut tentang penggantungan 26 penerbangan American Airlines, Delta Air Lines dan United Airlines baru-baru ini ekoran kes Covid-19.



Tindakan itu melibatkan 19 penerbangan dari Los Angeles dan 7 penerbangan China Eastern dari New York.



Jurucakap kedutaan China di Washinton, Cik Liu Pengyu, berkata tindakan USDOT itu "amat tidak bertanggungjawab" dan "tidak berasas menggantung penerbangan China."



Kedutaan itu berkata langkah-langkah "pemutus litar" Covid-19 China itu adalah selaras dan telus, dikenakan ke atas kedua-dua syarikat penerbangan China dan asing dan mematuhi perjanjian dua hala pengangkutan udara.



USDOT berkata pada 7 Ogos, penguasa China telah menyemak semula dasarnya iaitu apabila bilangan penumpang yang dijangkiti Covid-19 mencapai 4 peratus daripada jumlah penumpang keseluruhannya dalam pesawat China, satu penerbangan digantung dan dua penerbangan digantung jika jumlah itu mencapai 8 peratus.



USDOT juga berkata pemerintah Amerika sudah berulang kali menyuarakan bantahan kepada China, iaitu peraturan yang dikenakan "tidak wajar terhadap syarikat penerbangan" apabila penumpang yang negatif sebelum berangkat dari Amerika didapati positif apabila di uji setibanya di China.



Beijing dan Washington sering bertelagah tentang perkhidmatan udara sejak bermulanya pandemik. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >