Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gara-gara bau durian, konduktor bas di Thailand pengsan

Sep 15, 2023 | 05:48 PM



Aroma durian ada kalanya terlalu kuat bagi sebahagian individu yang mungkin tidak biasa dengan ‘raja buah-buahan’ itu.

Namun bagi Kussama Srisong, ia lebih intensif kerana beliau menghidap alahan terhadap durian.

Konduktor bas di Thailand itu baru-baru ini tular setelah beliau pengsan semasa bekerja akibat terhidu bau durian, yang dibawa naik oleh salah seorang penumpang.

Dalam satu catatannya di Facebook pada 9 September 2023, beliau berasa sesak di dada dan sukar bernafas sebelum jatuh pengsan selepas seorang penumpang membawa buah berduri itu masuk ke dalam bas.

Kejadian itu telah menyebabkan perjalanan bas mengalami kelewatan.

Beliau berkata: “Bagi penumpang yang membawa durian ke dalam bas, apabila ada sesuatu berlaku, ia tidak bermakna anda sahaja yang lewat.

“Penumpang lain juga terpaksa pulang lewat kerana alahan durian saya.”

Daripada catatan itu, kelihatan seorang lelaki sedang membantunya

Menukil laporan Asiaone, Cik Srisong berkongsi beliau sudah pulih, tetapi masih adakalanya masih rasa mabuk dari masa ke masa.


Beliau menambah buah durian atau bahan-bahan yang mempunyai bau kuat dilarang untuk dibawa masuk ke dalam pengangkutan awam di Thailand.

Sekiranya penumpang didapati membawa bahan-bahan itu, mereka akan disuruh turun dari bas.

Di Singapura, durian juga dilarang untuk dibawa masuk ke dalam pengangkutan awam.

Pada Jun 2023, satu perkhidmatan bas di sini mengalami kelewatan setelah salah seorang penumpang bas membawa durian masuk ke dalam bas.

Penumpang tersebut akhirnya turun dari bas setelah kapten bas menggesa beliau untuk turun atau bas tidak akan teruskan perjalanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >