Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gara-gara dituduh curang, lelaki Indonesia bunuh isteri, buang mayat dalam empangan

Jan 31, 2024 | 6:13 PM
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan polis tempatan selepas disyaki membunuh isteri pada 26 Januari angkara berang dituduh curang dengan janda. Mayat isteri kemudian dihumban ke dalam empangan Dusun Sarang Angin bagi menyorok kejadian.
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan polis tempatan selepas disyaki membunuh isteri pada 26 Januari angkara berang dituduh curang dengan janda. Mayat isteri kemudian dihumban ke dalam empangan Dusun Sarang Angin bagi menyorok kejadian. - Foto fail

LOMBOK TENGAH: Seorang lelaki warga Indonesia disyaki membunuh isterinya gara-gara berang setelah dituduh berselingkuh bersama janda.

Menurut laporan media tempatan, lelaki itu – yang dikenali sebagai Suriatman – dan isteri berusia 40 tahun dikatakan bertelagah sehari sebelum mangsa dipercayai dibunuh pada 25 Januari.

Pertelingkahan itu dipercayai angkara interaksi antara suspek dengan seorang janda. Suspek juga dikatakan mempelawa janda tersebut untuk minum kopi.

Suspek ditahan pihak polis pada 26 Januari setelah bedah siasat menunjukkan kejanggalan pada kecederaan tubuh mangsa.

Dalam satu sidang media pada 29 Januari, ketua polis Lombok Tengah, AKP Hizkia Siagian menjelaskan: “Suriatman sempat menyapa seorang janda sebelum kejadian.

“Setelah meminta keterangan empat saksi, termasuk suami korban, kami curiga kematian korban ini janggal kerana ada kecederaan di kepala dan perut serta dada.”

Menurut laporan, mangsa –yang dikenali sebagai Irawati – mengutarakan perkara tersebut kepada suspek dan pertengkaran bertukar ganas.

Malah, mangsa dikatakan bertindak ganas dan memukul suaminya menggunakan sebatang kayu.

Tidak tahan dengan tindakan si isteri, suspek kemudian menampar pipi dan menendang perut mangsa lalu memukul kepala mangsa menggunakan kayu.

Berikutan kekerasan bertalu yang dialami si isteri, mangsa mengalami pendarahan teruk dan meninggal dunia.

Untuk menutup kejadian yang berlaku, suspek dikatakan membuang mayat mangsa ke dalam empangan di Dusun Sarang Angin, Desa Kawo.

Tidak cukup dengan itu, suspek juga membakar kayu agar titisan darah yang menitis di jalanan tidak kelihatan.

Suspek kemudian berpura-pura panik dan menipu untuk memberi gambaran seolah-olah isterinya hilang dan tidak pulang semalaman.

“Suriatman berpura-pura mencari isterinya dan menanyakan mereka yang bekerja di sawah. Tertuduh juga menghubungi keluarga isteri di Dusun Pengadang bagi memaklumkan Irawati (mangsa) tidak pulang ke rumah,” kata AKP Hizkia.

Beliau menambah suspek membuat laporan palsu mengatakan isterinya dibunuh oleh perompak namun hasil siasatan mendapati suspek dalang di sebalik kematian mangsa.

Jika disabit kesalahan, suspek berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg