Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lima beradik antara enam dituduh serang seksual, rogol budak 11 tahun

Dec 4, 2023 | 2:38 PM
DIDAKWA: Enam lelaki, termasuk lima adik-beradik, yang dituduh melakukan serangan seksual serta merogol ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.
DIDAKWA: Enam lelaki, termasuk lima adik-beradik, yang dituduh melakukan serangan seksual serta merogol ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun. - Foto BHM

IPOH: Lima lelaki adik-beradik dan seorang kawan mereka dituduh pada 4 Disember melakukan serangan seksual dan merogol seorang budak perempuan berusia 11 tahun awal bulan lalu, lapor BH Online.

Tiga daripada adik-beradik itu, berusia 14, 17, dan 23 tahun, serta rakan mereka, 16 tahun, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan merogol secara berkumpulan dibacakan di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka secara bersama-sama dituduh melakukan rogol berkumpulan budak itu di sebuah bilik sebuah rumah di Kampung Pahat Luar, Gerik dalam daerah Hulu Perak, pada awal November.

Pertuduhan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara dari 10 hingga 30 tahun.

Dua lagi tertuduh, iaitu abang tiga beradik itu, mengaku bersalah bagi pertuduhan melakukan serang seksual fizikal ke atas budak yang sama. Mereka, berusia 25 dan 31 tahun, dituduh melakukan kesalahan itu juga pada awal November.

Mereka boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan rotan jika didapati bersalah.

Semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Rohaida Ishak menetapkan ikat jamin RM4,000 ($1,142) bagi setiap tertuduh dan 22 Januari depan bagi sebutan semula kes, termasuk bagi menunggu laporan pakar psikiatri mangsa, pelantikan peguam, serta keputusan kes dua tertuduh yang mengaku bersalah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg