Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INDONESIA

Garuda Indonesia diminta patuhi jadual penerbangan haji

Jun 05, 2023 | 04:03 PM



JAKARTA: Syarikat penerbangan Garuda Indonesia digesa mematuhi jadual penerbangan yang sudah dipersetujui, sekali gus memastikan tiada perubahan dalam jadual pelepasan jemaah haji.


Gesaan itu dinyatakan Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia sebagai maklum balas terhadap beberapa perubahan jadual perjalanan dalam tempoh 13 hari pelepasan jemaah haji dari Solo, Medan, Jakarta-Pondok Gede, dan Banjarmasin.

Pengarah Perkhidmatan Haji Dalam Negeri Kementerian Hal Ehwal Agama, Encik Saiful Mujab, berkata sejak awal sudah ada jadual yang telah dipersetujui antara kementerian itu dan Garuda Indonesia.

Beliau berkata jadual penerbangan perlu dipatuhi dengan tepat dan ketat kerana ia berkaitan dengan pergerakan jemaah pada setiap peringkat.

Katanya, jadual penerbangan telah dimaklumkan kepada jemaah termasuk peringkat pelepasan dari daerah atau bandar masing-masing ke tempat berlepas.

“Sekiranya berlaku perubahan, ia juga akan menjejas peringkat lain termasuk di Madinah dan Makkah.

“Perubahan jadual penerbangan akan memberi kesan domino kepada peringkat aktiviti jemaah haji di asrama haji, Madinah dan Makkah,” katanya.

Memetik laporan antaranews.com, gelombang pertama jemaah haji bermula pada 24 Mei lalu dan akan berakhir pada 7 Jun dengan jemaah berlepas ke Madinah.


Sehingga Ahad, terdapat 69,327 jemaah yang berlepas dengan 183 kumpulan penerbangan. Daripada jumlah itu, 102 kumpulan penerbangan dengan Garuda Indonesia.

Gelombang kedua, yang mana jemaah haji akan berlepas ke Jeddah dan kemudian Makkah akan bermula pada 8 Jun.

Proses pelepasan jemaah haji Indonesia dijadualkan berakhir pada 22 Jun.

Garuda Indonesia dijadualkan membawa sekurang-kurangnya 104,172 jemaah haji Indonesia dalam 287 kumpulan penerbangan tahun ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >