Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gaza sudah ‘tidak boleh didiami’: Ketua kemanusiaan PBB

Jan 06, 2024 | 04:25 PM



NEW YORK: Ketua kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Martin Griffiths, berkata Gaza kini “tidak boleh didiami” akibat pengeboman berterusan tentera Israel.


“Tiga bulan sejak serangan 7 Oktober, Gaza telah menjadi tempat kematian dan tidak mempunyai harapan,” katanya dalam satu kenyataan pada 5 Januari. 

“Gaza sudah tidak boleh didiami. Setiap hari rakyatnya menyaksikan ancaman terhadap kewujudan mereka – sedang dunia memerhatikan sahaja.   

“Masyarakat kemanusiaan diberi misi mustahil menyokong lebih dua juta orang,” ujar Encik Griffiths. 

Israel melancarkan perang ke atas Gaza bagi membalas dendam terhadap serangan kumpulan Hamas, yang mentadbir wilayah itu, di Israel pada 7 Oktober, membunuh sekitar 1,140 orang dan menahan lebih 250 tebusan menurut angka rasmi terakhir Israel.

Serangan udara dan darat Israel telah membunuh 22,600 penduduk Gaza sejauh ini. Sebahagian besar daripada mereka adalah wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu.

Walaupun sebahagian besar Jaluran Gaza, yang juga dipanggil Gaza sahaja, sudah menjadi runtuhan, serangan udara berterusan sepanjang malam di bandar selatan Khan Younis dan Rafah serta bahagian tengah Gaza, lapor wartawan AFP pada 5 Januari.

Tentera Israel berkata mereka telah menyerang lebih 100 sasaran di seluruh Gaza sepanjang tempoh 24 jam lalu, termasuk kedudukan tentera, tapak pelancaran roket dan depot senjata. 

“Kami terus menuntut agar ditamatkan perang ini dengan segera, bukan untuk penduduk Gaza dan jiran-jirannya yang terancam sahaja, bahkan generasi akan datang yang tidak akan melupakan derita dan serangan 90 hari ini ke atas ajaran kemanusiaan yang paling asas,” kata Encik Griffiths.   

“Perang ini tidak sepatutnya bermula. Tetapi ia sepatutnya sudah tamat lama,” tambah beliau.  – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >