Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gelombang baru pelarian Rohingya timbulkan keresahan di Aceh

Nov 21, 2023 | 04:57 PM



Nota dari Jakarta

Ismira Lutfia Tisnadibrata

Indonesia sedang menghadapi gelombang baru pelarian Rohingya, dengan lebih 500 orang tiba di pantai Aceh pada Ahad, sedang penduduk tempatan enggan membenarkan mereka mendarat.

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) mengatakan kumpulan etnik yang teraniaya itu tiba di tiga tempat berbeza di Pidie, Bireuen dan Aceh Timur, menjadikan ia kedatangan kelima kapal pelarian Rohingya di wilayah Aceh.

Jurucakap UNHCR di Indonesia, Encik Mitra Salima Suryono, memberitahu Berita Harian sekitar 530 orang yang mendarat pada Ahad adalah yang terbaru.


Sebelumnya, 194 dan 147 orang Rohingya tiba masing-masing pada 14 dan 15 November.

Tiga pendaratan terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan orang Rohingya yang tiba di Aceh seramai 871, selain 170 orang pada akhir Oktober dalam pendaratan sebelumnya.

Encik Mitra menyatakan UNHCR akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia untuk mencari petempatan sesuai dan memulakan proses pendaftaran bagi pelarian Rohingya itu.

UNHCR dalam satu kenyataan minggu lalu memuji tindakan pihak berkuasa Indonesia dan penduduk Aceh untuk menyelamatkan dan menurunkan dengan selamat mereka yang dalam kesusahan di laut.

Ia juga menyatakan bahawa Indonesia telah menunjukkan perpaduan dan kemanusiaan yang kuat dengan membenarkan pendaratan selamat bagi pelarian Rohingya.

“UNHCR memohon agar teruswujud rasa belas kasihan bagi menyokong pendaratan kapal tambahan yang mungkin datang ke Indonesia lagi,” katanya.

Beliau menambah bahawa ramai lagi orang daripada kaum minoriti Rohingya, yang kebanyakannya beragama Islam, mempertaruhkan nyawa mereka setiap tahun.

Mereka cuba sampai di Malaysia atau Indonesia melalui perjalanan laut yang panjang dan berbahaya, kebiasaannya dengan menaiki bot usang.

Penduduk tempatan mengadu kekurangan sumber untuk menempatkan ratusan pelarian di dalam masyarakat mereka.

Menurut laporan kumpulan hak asasi Amnesty International Indonesia dan Aceh Kontras, penduduk tempatan membantu memperbaiki kapal yang rosak dan memberi bekalan makanan kepada pelarian itu.

Namun, mereka tidak dibenarkan mendarat.

Bot berkenaan dipercayai berada beberapa batu dari pantai di perairan sekitar daerah Aceh Utara.

Seorang penduduk tempatan yang mahu dikenali sebagai Encik Badruddin mengesahkan penduduk tempatan menolak untuk membenarkan pelarian Rohingya mendarat, dengan menyatakan bahawa penduduk tempatan sudah cukup bertolak ansur dengan tingkah laku mereka yang didakwa “tidak senonoh” semasa tinggal di tempat perlindungan.

“Penduduk tempatan sudah jemu kerana orang-orang ini berkelakuan tidak senonoh dan tidak bersih. Kehadiran mereka telah menjadi gangguan,” kata Encik Badruddin kepada Berita Harian.


Beliau menambah bahawa orang Rohingya didakwa menjadi sebahagian daripada pemerdagangan manusia kerana penduduk tempatan perasan ada orang yang seolah-olah ejen datang untuk mengambil lelaki, meninggalkan wanita dan kanak-kanak di tempat perlindungan.


UNHCR mengulangi seruannya kepada semua negara di rantau ini supaya meningkatkan penyelarasan serantau untuk menyelamatkan nyawa di laut dan menggesa Indonesia supaya memudahkan bot mendarat dan memberi bantuan menyelamatkan nyawa kepada pelarian.

Ini walaupun Indonesia tidak menandatangani konvensyen pelarian 1951 dan tidak diwajibkan menerima pelarian Rohingya yang tiba.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >