Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gelombang ganas dasar lautan mungkin punca kapal selam tenggelam, kata tentera laut Indonesia

Apr 28, 2021 | 01:04 AM



JAKARTA/BANYUWANGI : Gelombang dasar lautan yang kuat mungkin menyebabkan kapal selam Indonesia itu cepat tenggelam pada paras 850 meter di bawah permukaan sekitar utara Bali minggu lalu, mengorbankan semua 53 kru kapalnya.



Dua pegawai tentera kanan berkata kepada akhbar The Straits Times, gerakan gelombang dalaman yang kuat pada sudut di mana kapal selam itu dilaporkan hilang terpampang pada laporan imej satelit cuaca Jepun, Himawari-8 serta laporan imej Eropah.



Gelombang dalaman atau dasar lautan ini tersembunyi di dalam laut yang luas itu. Perbezaan antara gelombang bawah air dan air sekelilingnya adalah ketumpatannya kerana suhu atau kemasinan berbeza.



"Jika kita dilanda gelombang dalaman (datang dari paras atas lautan), kita berdepan dengan alam. Kita akan diheret oleh gelombang ini, membawa kita dengan segera ke dasar lautan. Tidak ada orang yang boleh menentang kuasa alam," kata Laksamana Muda Iwan Isnurwanto, bekas kru kapal selam, dalam satu taklimat media di Jakarta pada Selasa (27 April).



Komander Tentera Laut dan Sekolah Staf dan Komando Angkatan Laut itu menjelaskan perbezaan ketumpatan air laut antara Selat Lombok dengan perairan dalam di kawasan utara Bali di mana kapal selam KRI Nanggala-402 itu ditemui. 



Pada 21 April, hari nahas itu berlaku, terdapat pergerakan besar kerana perbezaan ketumpatan - dari paras tinggi ke rendah - yang menyebabkan gelombang dalaman yang besar datang dari Selat Lombok, sedalam antara 200 meter dengan 400 meter, kepada perairan di utara Bali, di mana kedalamannya melebihi 1,000 meter.



Laksamana Muda Iwan yang merujuk pada laporan imej satelit berkata:



"Kami bercakap tentang sekitar 2 hingga 4 juta meter kubik air yang terhempas ke arah anda. Bolehkah sesiapa mengatasinya? Kapal selam Nanggala diheret 13 meter ke bawah dan mungkin terperangkap dalam gelombang dalaman."



Laksamana Muda Muhammad Ali, penolong perancang dan bajet kepada ketua tentera laut Indonesia itu pula berkata, fenomena cuaca akan diambil kira bagi operasi akan datang dengan pihak tentera laut akan digalakkan agar lebih mengkaji situasi ini.



"Siasatan masih dijalankan. Ia makan masa. Kami akan mengundang pakar kapal selam, bukan sahaja di Indonesia, tetapi mungkin dari luar negara. Kami mempunyai sidang kapal selam antarabangsa. Sidang Kapal Selam Asia Pasifik diadakan setiap dua tahun dan dihadiri oleh pakar kapal selam merata dunia," ujar Laksamana Muda Muhammad Ali di taklimat media itu.



Jurucakap tentera laut Indonesia, Julius Widjojono, awal sebelum ini berkata, kontak bersama kapal selam itu hilang pada paras 600 meter hingga 700 meter di dasar lautan, sedangkan mengikut reka bentuk, kapal itu boleh bertahan sedalam hingga 500 meter di dasar lautan.



Kapal selam berusia 44 tahun itu dijadualkan menjalani latihan torpedo setelah ia meminta kebenaran memasuki dasar lautan lebih awal pada 21 April tetapi langsung kehilangan kontak.



Pihak tentera laut awal sebelum ini berkata mungkin timbul isu putus perhubungan sewaktu selaman statik yang mungkin menyebabkan kapal selam itu hilang kawalan dan langsung tidak dapat melaksanakan prosedur darurat berkenaan. Kemungkinan perkara ini berlaku tidak dinafikan.



Kapal penyelamat Singapura, MV Swift pada Selasa membantu dalam usaha menyelamat, kata Laksamana Muda Ali.



Peluru torpedo yang dibawa kapal selam ini, dengan setiap satu seberat dua tan, juga ditemui.



"Usaha kami kini fokus pada memperolehi kembali serpihan kecil kapal itu memandangkan kenderaan bawah laut yang dikemudi dari jauh dikerahkan dan mampu mengangkut sehingga 150 kilogram barangan. Kami juga membuat perancangan mengangkut barangan berat," jelasnya lagi.



Dalam pada itu, keluarga mangsa nahas kapal selam ini telah meminta pihak berkuasa menemukan semula mayat anggota keluarga mereka dari lautan itu. - The Straits Times



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >