Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gempa bumi di Indonesia; dua maut

Warga Singapura turut terasa gegaran sekitar 9.45 pagi tadi
Feb 25, 2022 | 05:38 PM



PADANG: Sekurang-kurangnya dua maut dan 20 yang lain cedera di wilayah Pasaman Barat, Indonesia, selepas gempa bumi sekuat 6.2 magnitud pada skala Richter berlaku pagi tadi.



Hal ini disahkan oleh Ketua Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia (BNPB), Encik Suharyanto, semasa taklimat media hari ini.



Beberapa bangunan, termasuk sebuah sekolah, sebuah bank, dilaporkan mengalami kerosakan.



Agensi itu telah mengerahkan pasukan kecemasan ke Pasaman dan ke wilayah Pasaman Barat, dua kawasan paling teruk terjejas, kata Encik Suharyanto.



Gempa itu berlaku hanya beberapa minit selepas gegaran kecil ketika penduduk yang ketakutan mula mengosongkan kediaman masing-masing.



"Kami semua meninggalkan rumah kami (selepas gempa pertama)," kata Yudi Prama Agustino, 36, kepada AFP.



"Saya mempunyai bayi berusia satu tahun, jadi dalam keadaan panik saya menolak kereta sorong bayi keluar dari rumah."



Gempa bumi melanda utara pulau itu pada kedalaman 12 kilometer, kira-kira 70 kilometer dari bandar Bukittinggi di wilayah Sumatera Barat, menurut Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).



Kampung Agustino di Agam terletak 40 kilometer dari Bukittinggi.



"Saya perasan ada gempa bumi kerana mainan anak-anak saya terjatuh. Saya panik kerana ada juga mentua saya di dalam rumah dan mereka agak uzur dan sakit," kata Agustino mengenai gegaran pertama yang direkodkan pada 5.0 oleh USGS.



"Sebaik sahaja kami berada di luar, gempa bumi 6.2 lebih kuat berlaku dan semua orang panik," tambahnya.



Di Singapura, gegaran turut dirasai kira-kira jam 9.45 pagi waktu tempatan.



Polis dalam kenyataannya mengesahkan menerima beberapa panggilan daripada orang awam yang melaporkan gegaran terbabit.



Di Malaysia pula, Jabatan Meteorologi memaklumkan gegaran dirasai di pantai barat Semenanjung.



"Gegaran dirasai terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor," katanya menerusi ciapan di Twitter.



Pada 2004, gempa bumi berukuran 9.1 pada skala Richter melanda pantai Sumatera mengakibatkan tsunami yang meragut lebih 220,000 nyawa. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >