KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 2.3 pada skala Richter berlaku kira-kira 16 kilometer tenggara Tuaran, Sabah, pada sekitar 8.40 pagi semalam.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata gempa itu berpusat di 6.1 darjah utara, 116.3 darjah timur, dan gegaran dilaporkan dirasakan berhampiran Ranau.