Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gempa di Sulawesi: Usaha menyelamat diperhebat, korban bertambah

Jan 16, 2021 | 08:24 PM



MAMUJU (Sulawesi):  Pegawai penyelamat Indonesia bertungkus-lumus –  dengan masa tidak menyebelahi mereka –  untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap ekoran gempa kuat di kepulauan Sulawesi, Indonesia pada Jumaat (15 Jan), yang telah sejauh ini mengorbankan puluhan nyawa dengan ratusan lagi cedera dan terus terperangkap di bawah runtuhan bangunan.



Sekurang-kurangnya 45 orang terkorban ekoran gempa bumi sekuat 6.2 di skala Richter itu yang berlaku awal pagi itu, sekali gus mencetuskan rasa panik dalam kalangan penduduk kepulauan tersebut, yang sebelum ini dilanda gempa dan tsunami yang membunuh ribuan orang pada 2018.



Pada Sabtu (16 Jan), puluhan lagi mayat telah dikeluarkan daripada runtuhan bangunan di Mamuju, sebuah bandar seramai 110,000 penghuni di wilayah Sulawesi Barat, manakala lainnya terkorban di bahagian selatan kepulauan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >