Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Gempa jejas hampir 1juta kanak-kanak Nepal ke sekolah

May 09, 2015 | 09:02 PM

KATHMANDU (Nepal): Hampir sejuta atau 950,000 kanak-kanak Nepal tidak berpeluang ke sekolah akibat gempa bumi baru-baru ini, menurut Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF).

"Mereka hanya dapat ke sekolah sekiranya ruang yang rosak diperbaiki atau dibina sekolah atau tempat belajar baharu," menurut kenyataan Unicef bertarikh 7 Mei itu.

Menurut Unicef, hampir 24,000 bilik darjah musnah dalam gempa sekuat 7.8 pada skala Richter itu yang berlaku pada 25 April lalu.

Tahap krisis dalam bidang pendidikan dijangka meningkat dalam beberapa hari dan minggu mendatang bila maklumat selanjutnya diterima dari kawasan terpencil.

Sekolah hanya dijangka dibuka semula pada 15 Mei.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3