Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gempa paling kuat dalam 25 tahun melanda Taiwan

Seramai 77 mangsa terperangkap dalam runtuhan bangunan dan terowong
Apr 03, 2024 | 04:04 PM



TAIPEI: Gempa bumi berukuran 7.4 magnitud menggegarkan Taiwan pada 3 April – gegaran paling kuat melanda pulau itu dalam tempoh sekurang-kurangnya 25 tahun, mengorbankan sembilan orang, mencederakan lebih 800 yang lain dengan lebih 50 dikhuatiri hilang dalam terowong dan bangunan yang runtuh sehingga mencetuskan amaran tsunami di selatan Jepun dan Filipina yang kemudiannya ditarik balik.


Pemerintah Taiwan berkata, tujuh orang maut di daerah timur Hualien, wilayah pergunungan yang tidak ramai penduduk, dengan sekiitar 882 orang dilaporkan cedera.

Tiga orang daripada sekumpulan tujuh orang yang sedang melakukan riadah mendaki bukit di Hualien, dilaporkan mati dihempap batu-batu besar yang menggelunsur akibat gempa bumi itu, kata pegawai.

Di suatu tempat yang lain pula, seorang pemandu lori maut apabila kenderaannya dirempuh tanah runtuh ketika menghampiri terowong di kawasan itu.

Sekurang-kurangnya 26 bangunan telah runtuh, lebih separuh yang terdapat di Hualien. Dalam salah satu bangunan yang paling teruk rosak, 22 orang telah dapat diselamatkan dengan hanya seorang dilaporkan hilang, kata jabatan bomba.

Stesen televisyen Taiwan menunjukkan rakaman bangunan dari beberapa sudut di Hualien, di mana gempa bumi berlaku di luar pesisir sekitar jam 8 pagi, ketika orang ramai dalam perjalanan ke tempat kerja dan sekolah.

“(Gegaran) sangat kuat. Rasanya seolah-olah rumah akan runtuh,” kata seorang pekerja hospital Taipei berusia 60 tahun, Chang Yu-Lin.

Gempa itu, yang mengakibatkan bekalan kuasa tenaga terputus di beberapa bahagian ibu kota Taipei, berlaku di kedalaman 15.5 kilometer, menurut Pusat Pentadbiran Cuaca Taiwan. Ia adalah gempa bumi paling kuat melanda pulau itu dalam tempoh 25 tahun, kata media pemerintah.

Rakaman video menunjukkan pasukan penyelamat menggunakan tangga untuk membantu orang ramai keluar melalui tingkap. Sementara di tempat lain, berlaku tanah runtuh besar ekoran gegaran di lereng bukit.

Encik Wu Chien-fu, pengarah Pusat Seismologi Pentadbiran Cuaca Pusat Taipei, memberi amaran bahawa pihak berkuasa tidak menolak bahawa “akan ada gempa bumi susulan dengan magnitud 6.5 hingga 7 dalam masa tiga hari yang akan berlaku agak dekat dengan daratan”.

Agensi cuaca Jepun berkata, beberapa gelombang tsunami kecil mencecah bahagian wilayah selatan Okinawa. Kemudiannya, taraf amaran tsunami itu diturunkan dan menjadi suatu amaran awal tsunami berbentuk nasihat. Ukuran gempa itu juga disemak kepada 7.7 magnitud.

Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) dalam kenyataannya menyatakan sebarang tsunami yang mungkin dicetuskan oleh gempa bumi yang melanda Taiwan pada pagi 3 April tidak mungkin menjejas Singapura.

Menurut amaran yang dikeluarkan dari aplikasi mudah alih NEA, myENV, pada kira-kira 8.20 pagi 3 April, tiada laporan mengenai gegaran di Singapura. Gempa bumi itu dikesan sekitar 3,160km ke timur laut Singapura di Taiwan, pada 7.58 pagi waktu Singapura, dan tsunami hanya mungkin dijana berhampiran pusat gempa, kata amaran itu lagi


Agensi Seismologi Filipina membatalkan amaran tsunami di utara negara itu selepas mengeluarkannya lebih awal, tetapi beberapa orang di wilayah utara yang tidak ramai penduduk, kelihatan bersiap sedia sebagai respons terhadap arahan itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >