Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gempa Taiwan: Tsunami tidak mungkin jejas Singapura, tiada laporan gegaran di sini

Apr 3, 2024 | 3:04 PM
Keadaan pangsapuri yang rosak berikutan gempa bumi di luar pesisir, di New Taipei City, Taiwan 3 April 2024.
Keadaan pangsapuri yang rosak berikutan gempa bumi di luar pesisir, di New Taipei City, Taiwan 3 April 2024. - Foto REUTERS

Sebarang tsunami yang mungkin dicetuskan oleh gempa bumi berukuran 7.4 magnitud yang melanda ibu kota Taiwan pada pagi 3 April, tidak mungkin menjejaskan Singapura.

Menurut amaran yang dikeluarkan dari aplikasi mudah alih Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA), myENV pada kira-kira 8.20 pagi 3 April, tiada laporan mengenai gegaran di Singapura.

Amaran NEA berkata ia adalah gempa bumi berukuran 7.3 magnitud, tetapi Kajian Geologi Amerika Syarikat menyemaknya dan memberi ukuran 7.4.

Gempa bumi itu dikesan sekitar 3,160km ke timur laut Singapura di Taiwan, pada 7.58 pagi waktu Singapura, dan tsunami mungkin dijana berhampiran pusat gempa, kata amaran itu.

Gempa bumi melanda pada kedalaman 15.5km tidak jauh dari pantai timur Taiwan, dan amaran tsunami telah dikeluarkan ke Filipina dan pulau-pulau di selatan Jepun. Ia kemudiannya diturunkan kepada nasihat tsunami.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata, ombak setinggi satu meter direkodkan di rantau itu berikutan gempa bumi itu, lapor AFP.

JMA sebelum ini telah memberi amaran mengenai anggaran ketinggian tsunami maksimum 3m.

“Sila elakkan mendekati atau ke laut sehingga nasihat itu ditarik balik,” kata seorang pegawai JMA.

Penduduk yang tinggal di kawasan pantai di beberapa wilayah di Filipina, juga telah digesa berpindah ke kawasan yang lebih tinggi, menurut amaran oleh Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg