Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gempa, puting beliung akibatkan pihak insurans rugi AS$43b

Jul 28, 2023 | 12:35 PM
KERUGIAN BESAR: Gempa bumi di Turkey dan Syria merupakan antara penyebab terbesar kerugian yang dialami pihak insurans.
KERUGIAN BESAR: Gempa bumi di Turkey dan Syria merupakan antara penyebab terbesar kerugian yang dialami pihak insurans. - Foto AFP

BERLIN: Gempa bumi di Turkey dan Syria serta puting beliung dan ribut hujan batu di Amerika Syarikat menyumbang kepada kerugian perlindungan insurans sebanyak AS$43 bilion ($57 bilion) pada separuh pertama 2023, kata Munich Re dalam laporan pada Khamis.

Angka itu lebih rendah sedikit daripada kerugian AS$47 bilion yang ditanggung pada separuh pertama 2022.

Namun ia lebih tinggi daripada purata 10 tahun sebanyak AS$34 bilion, menurut Munich Re, penanggung insurans semula terbesar di dunia.

Termasuk kerugian tanpa insurans, angka itu mencecah AS$110 bilion pada separuh pertama tahun ini – juga jauh melebihi purata 10 tahun.

Gempa bumi di Turkey dan Syria yang meragut 58,000 nyawa, merupakan penyumbang terbesar kepada kerugian sebanyak AS$40 bilion yang diinsuranskan dan tanpa insurans pada separuh pertama tahun ini.

Satu siri ribut petir yang membawa taufan dan ribut hujan batu di Amerika mengakibatkan kerugian yang diinsuranskan dan tanpa insurans sebanyak AS$35 bilion, menurut Munich Re lagi.

Walaupun corak cuaca El Nino menyumbang kepada suhu yang lebih tinggi, ketua pakar iklim Munich Re, Encik Ernst Rauch, berkata bahawa “trend sejagat ke arah suhu air dan udara yang lebih tinggi sebahagian besarnya didorong oleh perubahan iklim – mengakibatkan meningkatnya bencana dan beban kewangan bersamanya”. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg