Subuh
5:31
Syuruk
6:55
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gencatan senjata, bebaskan tebusan hampir tercapai: AS, Hamas

Nov 21, 2023 | 04:30 PM



GAZA/WASHINGTON: Pemimpin Hamas memberitahu media pada Selasa bahawa kumpulan militan itu hampir mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Israel, walaupun serangan maut ke atas Gaza berterusan dan roket ditembak ke Israel.


Kumpulan itu menyampaikan responsnya itu kepada pengantaranya di Qatar yang juga pengerusi biro politik kumpulan militan itu, Encik Ismail Haniyeh. Kenyataan mengenainya kemudian dihantar kepada Reuters oleh pembantunya.

Tiada butiran lanjut tentang syarat perjanjian yang berpotensi itu sedang Amerika Syarikat juga percaya bahawa Israel dan Hamas semakin mencapai perjanjian yang akan menjamin pembebasan beberapa tebusan yang ditahan di Gaza, walaupun ketika serangan tentera Israel ke atas Bandar Gaza masih berterusan dan roket ditembak ke Israel.

Presiden Amerika, Encik Joe Biden, berkata pada Isnin beliau percaya perjanjian sudah hampir. “Kami lebih dekat sekarang berbanding sebelum ini,” kata jurucakap Rumah Putih, Encik John Kirby.

Encik Ismail, yang juga pemimpin Hamas, dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Reuters ditukil sebagai berkata “hampir untuk mencapai perjanjian gencatan senjata” dengan Israel dan kumpulan itu telah menyampaikan maklum balasnya kepada pengantara Qatar.

Namun, tiada butiran lanjut tentang syarat-syarat perjanjian yang telah dipersetujui.

Kumpulan militan Hamas telah menahan lebih 240 tebusan ketika mereka melancarkan serangan mengejut di selatan Israel pada 7 Oktober yang turut mengorbankan 1,200 orang.

Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), Encik Mirjana Spoljaric, telah bertemu pemimpin Encik Ismail di Qatar pada Isnin untuk “mengetengahkan isu kemanusiaan” berkaitan konflik itu, kata ICRC yang berpangkalan di Geneva dalam satu kenyataan.

Beliau juga telah bertemu secara berasingan dengan pihak berkuasa Qatar.

Organisasi itu berkata ia bukan sebahagian daripada rundingan yang bertujuan untuk membebaskan tebusan, tetapi sebagai perantara tidak berpihak yang bersedia “untuk memudahkan sebarang pelepasan masa depan yang dipersetujui oleh pihak-pihak terlibat”.

Perbincangan mengenai perjanjian tebusan yang akan berlaku telah berkisar sejak beberapa hari lalu.

Reuters melaporkan minggu lalu bahawa pengantara Qatar telah mencapai perjanjian untuk Hamas dan Israel bagi menukar 50 tebusan sebagai balasan untuk gencatan senjata selama tiga hari yang akan meningkatkan penghantaran bantuan kecemasan kepada orang awam Gaza.

Duta Besar Israel ke Amerika Syarikat, Encik Michael Herzog, berkata pada Ahad beliau mengharapkan perjanjian dapat dimuktamadkan “dalam beberapa hari akan datang” manakala Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Bin Abdulrahman al-Thani, berkata perkara yang masih diselesaikan adalah “sangat kecil. .”

The Washington Post pada hari Sabtu melaporkan perjanjian telah dipersetujui tetapi Rumah Putih dan Israel menafikannya.

“Kami benar-benar perlu mematuhi mantera bahawa tiada apa yang dipersetujui sehingga semuanya dipersetujui,” kata timbalan penasihat keselamatan negara Rumah Putih, Encik Jon Finer, pada Ahad dalam program di sebuah stesen televisyen Amerika pada Ahad.


“Rundingan sensitif seperti ini boleh menimbulkan masalah pada saat-saat akhir,” tambah Encik Finer.


Saudara-mara beberapa orang yang ditahan oleh Hamas di Gaza menggesa anggota parlimen Israel berhaluan kanan pada Isnin supaya tidak meneruskan saranan hukuman mati ke atas militan Palestin yang ditangkap kerana ini boleh membahayakan tebusan.


Serangan Hamas pada 7 Oktober mengundang pengeboman dan serangan darat berterusan oleh tentera Israel yang bertekad memusnahkan Hamas.


Sejak itu, pihak berkuasa Gaza yang dikendalikan Hamas berkata sekurang-kurangnya 13,300 rakyat Palestin telah terbunuh, termasuk sekurang-kurangnya 5,600 kanak-kanak dan 3,550 wanita..


Hamas berkata dalam akaun Telegramnya pada Isnin ia telah melancarkan serangan peluru berpandu ke arah Tel Aviv. Saksi juga melaporkan roket ditembak ke tengah Israel.


Di Hospital Indonesia, Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Isnin sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera akibat tembakan tentera Israel.


Pegawai kesihatan berkata 700 pesakit dan kakitangan medik berada di dalam hospital ketika serangan itu berlaku.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >